95208

Aplikasi Telefon Yang Boleh Meramalkan Bila Anda Akan Mati - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagaimana jika ada aplikasi telefon yang boleh memberitahu anda berapa lama anda akan hidup? Adakah anda akan muat turun aplikasi tersebut?

Itu adalah kisah sebuah filem seram terbaru karya Justin Dec iaitu ‘Countdown‘ yang bakal ditayangkan pada 25 October 2019 ini.

Filem lakonan Elizabeth Lail, Talitha Bateman, Peter Facinelli, P.J. Byrne, Anne Winters ini mengisahkan tentang seorang jururawat (Elizabeth) memuat turun aplikasi yang meramal bila seseorang akan mati, dan aplikasi tersebut meramal dia hanya mempunyai tiga hari sahaja lagi untuk hidup. Elizabeth perlu mencari jawapan dan cara bagaimana untuk menyelamatkan nyawanya sebelum kehabisan masa.

Trivia: Aplikasi ‘Countdown‘ direka pada awalnya sebagai ‘dummy‘ hanya untuk filem ini tetapi selepas melihat trailer filem ini, peminat kisah seram, Ryan Boyling mendapat ilham untuk mereka aplikasi sebenar untuk orang ramai.

Seperti di dalam filem, aplikasi ini akan menyediakan tarikh (fiksyen) dan masa kematian.

Aplikasi ini boleh dimuat naik menerusi aplikasi App Store di mana ia berada di tangga #1 pada Carta Aplikasi Percuma dengan 1.6 juta muat turun dalam masa 10 hari!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!