86026

Asia Islamic Fashion Week 2017 Bakal Menerjah Malaysia Tidak Lama Lagi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Buat julung kalinya, industri fesyen antarabangsa bakal digegarkan dengan Fesyen Islamik Asia yang pertama iaitu ASIA ISLAMIC FASHION WEEK 2017 (AIFW2017) dengan bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’!

tedd2195

Apa yang lebih membanggakan, Malaysia terpilih sebagai tuan rumah untuk acara kegemilangan ini yang bakal bermula dari 30 Mac sehingga 2 April 2017 dan bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan jangkaan lebih daripada 20 buah negara yang bakal menerjah bagi menghangatkan lagi AIFW2017.

tedd2067

AIFW2017 merupakan satu platform yang direka khas untuk menonjolkan gabungan kesantunan fesyen zaman terkini yang tidak akan lari daripada konteks Islamik termasuklah busana, aksesori, kosmetik dan lain-lain lagi.

Sepanjang empat (4) hari acara ini berlangsung, AIFW2017 bakal membawa tiga elemem utama iaitu Pertunjukan Dagangan Fesyen, Pertunjukan Fesyen dan Interaksi Fesyen bagi menarik minat orang ramai tentang istimewanya fesyen berasaskan Islamik.

tedd2212

Antara pereka fesyen dan jenama yang akan turut terlibat adalah:

  • Dian Pelangi
  • Cosry
  • Karina Ng
  • Eja Shahril
  • Adila Long
  • Ana Abu
  • Sawdaa Black Label
  • Mumu Scarves
  • Ash & Anas
  • Padusi Couture
  • Khalif by Eirma Fatima
  • General Product oleh Amy Search
  • Gaya by Adania
  • La Diora
  • Nafyana oleh Liana Ghaus
  • Calacara
  • V hijrah
  • Daanya
  • Rumi
  • Marinah Yazid
  • Black Swan Couture (Dubai)
  • Barjis (London)
  • Chenille dan Amjadd (Paris)

Penaung Kehormat bagi acara berprestij ini adalah YANG AMAT BERBAHAGIA TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI manakala Penasihat Antarabangsa pula ialah ALIA KHAN, PENGERUSI ISLAMIC FASHION & DESIGNER COUNCIL.

Apa yang lebih mengujakan, penglibatan tiga orang selebriti yang lebih dikenali sebagai ‘fashion influencer’ iaitu Dian Pelangi, Mizz Nina dan Melanie Elturk juga turut akan bersama-sama menggegarkan AIFW sepanjang tempoh empat hari itu.

tedd2132

Mari kita baca antara komen Mizz Nina tentang penglibatannya menerusi AIFW2017:

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berasa dihargai kerana menjadi sebahagian dari #AIFW2017. Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia.”

tedd1941

Bagi pengasas AIFW iaitu Fuza Umar, beliau berterima kasih dengan segala sokongan dan bantuan yang diberikan untuk menjayakan AIFW yang julung kalinya diadakan ini.

“Buat perdana kalinya diadakan di Malaysia, kami tidak akan mampu melakukannya tanpa sokongan dan bantuan dari agensi kerajaan, organisasi antarabangsa, penaja korporat dan juga pereka fesyen dan jenama yang terlibat. Alhamdulillah.

“Kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei, Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia.”

Menurut laporan Kedudukan Ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan secara bersama oleh Reuters, Malaysia telah mendahului majoriti kategori industri Halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global.

Kepada anda yang ingin mendapatkan info lanjut tentang AIFW2017, anda boleh terus ke laman web rasmi mereka iaitu asiaislamicfashionweek.comatau ke akaun sosial media:

Facebook : @asiaislamicfashinweek | Twitter : @AIFW2017 | Instagram : @aifw2017

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!