85370

Aston Tropicana Hotel Bandung Selesa Dan Praktikal - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-14-at-11-47-56-pm-3

Sebut sahaja Bandung, Indonesia pasti akan dikaitkan dengan kaum wanita. Masakan tidak, ia merupakan salah satu syurga membeli-belah bagi kaum wanita dengan harga yang berpatutan dan kepelbagaian pilihan barangan. Namun, kota Bandung bukan sahaja lokasi pelancongan yang hanya boleh dinikmati oleh kaum wanita malah untuk seisi keluarga. Dengan kebanjiran pelancong ke kota Bandung pastinya tempat penginapan menjadi antara fokus utama pelancong.

whatsapp-image-2018-01-14-at-11-47-56-pm-2

Hotel Aston Tropikana terletak di lokasi yang strategik untuk mana-mana pelancong yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika melancong di kota Bandung. Terletak di pusat bandar Cihampelas anda tidak perlu terlalu memikirkan tentang kemudahan pengangkutan kerana semuanya berada di sekitar hotel ini. Hanya 2 minit perjalanan dari hotel ke pusat beli belah tumpuan pelancong seperti Cihampelas Walk atau dikenali juga sebagai CiWalk ia merupakan lokasi membeli-belah serta hiburan untuk seisi keluarga.

Dengan hanya 10 minit memandu dari hotel anda akan berada di Pusat Sukan Sabuga di mana pelbagai aktiviti sukan dan riadah boleh dilakukan dan Kebun Binatang Bandung pula hanyalah 5 minit perjalanan dengan kenderaan di mana seisi keluarga boleh menikmati kepelbagaian flora dan fauna. Hotel ini juga berdekatan dengan Jambatan Puspati di mana ia merupakan mercu tanda kota Bandung yang sangat terkenal dengan keindahan paparan cahaya lampu di waktu malam.

whatsapp-image-2018-01-14-at-11-47-56-pm-1

Hotel empat bintang ini juga adalah pilihan bagi mereka yang mahukan keselesaan dan kepelbagaian kemudahan sepanjang percutian di Bandung. Dilengkapi dengan 138 buah bilik yang terbahagi kepada bilik Premier, Deluxe, Junior, Executive dan Tropikana. Terpulang kepada pengunjung untuk memilih jenis bilik mengikut citarasa dan bajet masing- masing.

whatsapp-image-2018-01-14-at-11-47-56-pm-4

Antara kemudahan lain yang disediakan di hotel ini ialah pusat kesihatan dan kecergasan Rai yang menyediakan pelbagai kelengkapan senaman. Dua buah kolam renang khusus untuk kanak-kanak serta dewasa yang terletak di tingkat enam hotel. Golden Tulip Spa pula merupakan pusat spa untuk pengunjung merehatkan minda dan badan setelah penat menjalankan aktiviti di kota Bandung. Restoran Lemongrass pula menyediakan pelbagai juadah bagi pengunjung yang hanya ingin bersantai di hotel. Selain itu, Hotel Aston Tropikana juga menyediakan kemudahan 14 bilik persidangan dan Royal Palm Ballroom bagi penganjuran sebarang acara.

whatsapp-image-2018-01-14-at-11-47-56-pm

Dengan harga yang berpatutan, keselesaan penginapan, serta lokasinya yang berada di pusat syurga membeli- belah Hotel Aston Tropikana adalah pilihan yang tepat untuk anda menginap sepanjang percutian anda di kota Bandung. Untuk maklumat lanjut layari laman web www.astonhotelsinternational.com

sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!