73283

ASUS Perkenalkan ZenFone AR - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

15-zenfone-ar-with-google-daydream-view-headgear

Salah satu jenama telefon bimbit tersohor, ASUS baru sahaja memperkenalkan telefon terbaru mereka yang sangat canggih untuk pasaran hari ini.

ZenFone AR merupakan hasil termaju dalam dunia telefon bimbit dengan teknologi realiti tambahan atau augmented reality dan realiti maya (virtual reality). Ia juga merupakan telefon pintar pertama yang mempunyai ciri Tango dan ‘Daydream’. Tango merupakan satu perisian set sensor atau pengesan penglihatan komputer oleh Google yang membolehkan fungsi realiti tambahan pada telefon pintar.

Teknologi Tango membolehkan pengesanan pergerakan Tango, persepsi kedalaman Tangodan juga pembelajaran kawasan Tango. Ini menghidupkan lagi realiti tambahan (AR) untuk mencipta pengalaman unik pengguna AR melalui permainan, kemudahan dan juga navigasi dalaman.

12-go-beyond-reality-vr-zone

Daydream pula adalah platform berkualiti tinggi Google yang membolehkan realiti maya mudah alih. Dipadankan dengan set pendengaran dan penglihatan Daydream View,  ZenFone AR akan membolehkan pengguna untuk menjelajah dunia-dunia baru, menonton filem kegemaran serta bermain aneka permainan video dalam keadaan yang lebih nyata dan meyakinkan!

Ia juga mempunyai tiga jenis kamera untuk penggunaan ciri realiti tambahan atau AR. Telefon bimbit ini juga  dilengkapi dengan penyetoran sebanyak 128GB.

Telefon bimbit ini sudah mula dijual bermula 7 Julai di Lazada dan pengedar-pengedar sah.

Untuk lebih banyak informasi tentang gaya, kecantikan dan aksesori klik di sini 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!