73300

Avillion Resort Mutiara Tersembunyi Port Dickson - Suria FM - Segalanya Hiburan

Saat melangkah masuk ke perkarangan pintu utama Avillion Port Dickson, hati sudah terpaut dengan keredupan serta keindahan flora yang menghijau. Kepenatan memandu dari ibu kota seakan hilang saat menapak masuk di resort yang pernah memenangi anugerah ini.

screen-shot-2017-08-14-at-6-52-52-pm

screen-shot-2017-08-14-at-6-52-24-pm

screen-shot-2017-08-14-at-6-51-44-pmKehadiran penulis disambut mesra oleh petugas yang bekerja di sini. Seusai tiba penulis dibawa ke bilik yang telah disediakan.

screen-shot-2017-08-14-at-6-53-11-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-05-25-pm

Sengaja penulis memilih bilik yang dibina di atas air kerana ingin menikmati bayu laut serta desiran airnya yang menghempas pantai. Namun pelanggan juga boleh memilih bilik yang terletak di daratan andai kurang gemar berada berdekatan laut.

screen-shot-2017-08-14-at-7-23-50-pmscreen-shot-2017-08-14-at-7-06-45-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-13-24-pm

Kad ucapan serta buah-buahan sudah tersedia di kamar tanda alu-aluan serta buat kudapan. Bilik ini dilengkapi dengan dua buah katil berbingkai kayu serta sebuah katil kecil di bahagian sudut. Sesuai buat anak-anak mahupun untuk bersantai membaca naskah kegemaran anda.

screen-shot-2017-08-14-at-7-13-11-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-06-09-pm

Ruang kegemaran pastilah balkoninya yang menghadap lautan luas terbentang, saujana mata memandang. Ini adalah ‘spot’ terbaik untuk merasai tiupan angin bayu serta berswafoto sepuas hati. Oh ya bagi si kaki pancing, anda juga boleh memancing dari balkoni ini.

screen-shot-2017-08-14-at-7-12-36-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-06-32-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-12-55-pm

Menyusuri ke bahagian bilik airnya pula, penulis terpegun dengan konsep bumbung terbuka yang menjadi antara salah satu keunikan hotel ini. Ruang bumbung dibiar sedikit terbuka begitu juga ruangan bawahnya. Terasa bagai bersiram di bawah sinaran mentari ditambah bunyi desiran air laut, asyik sekali!

screen-shot-2017-08-14-at-7-29-00-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-29-14-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-29-30-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-29-44-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-30-15-pm

Sebelum menikmati hidangan tengah hari, penulis mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar resort ini. Menariknya tempat ini, sekelilingnya dipenuhi dengan flora yang menghijau. Tenang sekali saat berjalan-jalan di sini. Ia sengaja direka sebegini kerana mahu memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

screen-shot-2017-08-14-at-7-41-56-pmscreen-shot-2017-08-14-at-7-42-08-pmscreen-shot-2017-08-14-at-7-42-46-pmscreen-shot-2017-08-14-at-7-42-18-pm

Terdapat juga taman mini haiwan yang menempatkan haiwan-haiwan jinak seperti arnab, burung merak dan ayam. Penginap juga berpeluang memberi makan serta memandikan haiwan-haiwan ini. Pastinya satu tarikan buat si anak kecil terutamanya yang membesar di ibu kota.

screen-shot-2017-08-14-at-7-52-48-pmscreen-shot-2017-08-14-at-7-57-11-pm

screen-shot-2017-08-14-at-7-57-52-pm

Salah satu tarikan di Avillion ini adalah taman rempah serta kebun orkid. Di sini anda dapat lihat rempah-rempah yang biasa digunakan dalam masakan serta perubatan. Antara herba yang terdapat disini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Pandan Wangi dan Kunyit Sutera.

screen-shot-2017-08-14-at-8-05-46-pmscreen-shot-2017-08-14-at-8-05-56-pm

Bagi yang mahu berenang, di resort ini menyediakan dua kolam renang yang luas dan sangat cantik. Yang pertama terletak berdekatan dengan restoran. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Ia juga lengkap dengan jakuzi serta dibuka 24 jam.

screen-shot-2017-08-14-at-8-19-12-pm

screen-shot-2017-08-14-at-8-20-06-pm

Sebuah lagi kolam terletak di bahagian dalam yang lebih privasi dan hanya boleh diguna oleh orang dewasa.

screen-shot-2017-08-14-at-8-24-23-pm

screen-shot-2017-08-14-at-8-19-46-pm

Bagi yang menggemari aktiviti pantai, anda boleh bermain bola tampar pantai, berkayak ataupun menaiki ‘Water Bee’ yang disediakan di sini. Jika malas, anda boleh sahaja melakukan terapi kaki dengan berjalan-jalan di atas pasir pantainya yang lembut dan halus sambil ditemani pemandangan matahari terbenam. Sesuai buat pasangan yang sedang dilamun cinta.

screen-shot-2017-08-14-at-7-24-07-pmscreen-shot-2017-08-14-at-8-08-59-pm

Ada satu lagi tempat istimewa untuk anda menikmati keindahan matahari terbenam. Di sinilah antara tempat yang menjadi ‘signature’ Avillion Port Dickson. Avi Lounge ibarat mutiara istimewa yang tersimpan di bahagian atas laut resort ini. Rekaannya yang serba mewah, dikelilingi lautan meluas mengundang suasana romantis yang pasti dikenang sampai bila-bila.

screen-shot-2017-08-14-at-8-49-32-pm

screen-shot-2017-08-14-at-8-46-24-pm

screen-shot-2017-08-14-at-8-45-48-pm

screen-shot-2017-08-14-at-8-46-01-pm Jika ke sini jangan lepaskan peluang bersantai di sofa bulat yang disediakan sambil menikmati minuman petang ditemani suasana langit maghrib yang begitu mengasyikkan.

screen-shot-2017-08-14-at-9-00-26-pm

screen-shot-2017-08-14-at-9-09-24-pm

screen-shot-2017-08-14-at-8-50-06-pmscreen-shot-2017-08-14-at-8-49-51-pmSelepas penat dengan pelbagai aktiviti, jangan lepaskan peluang untuk memanjakan tubuh anda di Avi Spa. Spa bertaraf 5 bintang ini telah memenangi pelbagai anugerah sebagai spa terbaik. Anda pasti terlena dibuai keenakkan jemari jemari hangat yang membelai tubuh.

screen-shot-2017-08-14-at-9-08-06-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-08-18-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-03-05-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-08-42-pm

Kala malam tiba, jika tidak mahu makan di restoran hotel, boleh saja pesan makanan untuk dinikmati dari dalam bilik. Disini terdapat dua buah restoran yang boleh dipilih.

screen-shot-2017-08-14-at-9-23-35-pm

screen-shot-2017-08-14-at-9-32-00-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-32-35-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-32-24-pm

Bagi anda yang bangun awal pagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sarapan buffet yang menyediakan pelbagai hidangan enak dari hidangan ala inggeris sehinggalah pulut kuning.

screen-shot-2017-08-14-at-9-40-54-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-41-24-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-41-35-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-41-15-pm

Antara lain yang menarik di Avillion Port Dickson ini adalah ruangan seni yang berkonsepkan ala mini galeri. Pelbagai potret wajah-wajah terkenal dunia dipamerkan disini.

screen-shot-2017-08-14-at-9-46-18-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-46-29-pm

Bagi anda yang sukakan hiburan, disini juga disediakan perkhidmatan karaoke yang dibuka sehingga jam 1 pagi.

screen-shot-2017-08-14-at-9-46-08-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-45-14-pm

Bagi anda yang mahu mencuba aktiviti luar, kedudukan strategik hotel ini yang berada di tengah-tengah tempat tumpuan pelancong memudahkan anda bergerak ke mana sahaja. Anda boleh pilih untuk bersiar-siar di pantai tumpuan ramai atau membeli belah di pasar malam yang berdekatan sepanjang pantai Port Dickson. Pelbagai pilihan restoran serta warung-warung menarik ada disini.

screen-shot-2017-08-14-at-9-52-10-pmscreen-shot-2017-08-14-at-9-52-30-pmTidak puas rasanya jika menginap sehari dua disini. Keindahan suasananya yang damai dan menenangkan pasti membuatkan anda berat hati untuk melangkah pergi dari tempat ini.

Kesimpulannya, Avillion Port Dickson adalah alternatif terbaik bagi anda mahukan percutian ala Bali tetapi dengan konsep ‘Weekend Get away’. Lebih jimat dan dekat.

Bagi anda yang mahu merasai sendiri pengalaman bercuti di sini bolehlha layari laman sesawang www.avillionportdickson.com. Terdapat pelabagi maklumat disitu termasuklah promosi. Oh ya katanyanya ada promosi sempena Hari Merdeka. Selamat bercuti dari Suria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!