73322

Ayam Goreng Dengan Hidangan Keju Itali! - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-13-at-5-33-03-pm

KFC Malaysia membawakan citarasa Itali menerusi hidangan berkeju terbarunya iaitu KFC Cheezy Romano Crunch.

Siri hidangan berkeju enak daripada KFC yang sentiasa mendapat sambutan hangat selama ini diteruskan lagi dengan memperkenalkan sos premium keju Romano untuk dinikmati bersama ayam Hot & Spicy kegemaran ramai.
Membawakan citarasa daripada negara yang terkenal dengan ciptaan kejunya, Cheezy Romano Crunch menawarkan sensasi Itali kepada para penggemar KFC. Gabungan nikmat daripada rasa hebat keju premium Romano dari Itali bersama kerangupan ayam Hot & Spicy KFC pasti menambat hati dan selera setiap individu.

whatsapp-image-2017-09-13-at-4-38-39-pm

“Tidak dapat dinafikan bahawa sesuatu yang enak dapat mengeratkan kita semua. Inilah idea di sebalik ciptaan terbaru oleh KFC, diinspirasikan daripada permintaan para penggemar kami yang sentiasa menginginkan hidangan berkeju daripada KFC. Nantikan detik romantis seperti berada di Itali apabila anda nikmati Cheezy Romano Crunch kami dengan sos keju Romano yang pasti buat anda jatuh hati. Nikmati detik berkeju yang menyelerakan dan alami pengalaman yang lebih indah apabila dikongsi bersama teman rapat mahupun kenalan”, kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

1
KFC Cheezy Romano Crunch boleh didapati secara a la carte bermula daripada hanya RM5.50 atau di dalam hidangan kombo yang didatangkan bersama dua ketul ayam Hot & Spicy, sos keju Cheezy Romano bersama hidangan sampingan KFC kegemaran ramai, iaitu coleslaw, kentang putar serta minuman ringan; hanya daripada RM13.50.
KFC Cheezy Romano Crunch boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula dari 24 Ogos2017, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!