73208

Ayam Popcorn Bersalut Bawang Putih dan Pasli di Mi Fusion - Suria FM - Segalanya Hiburan
whatsapp-image-2017-04-07-at-11-00-25-am
Ayam Popkorn Bawang Putih dan Pasli di gerai Mi Fusion serta beberapa hidangan lain.

Dewasa kini, ramai juga di kalangan generasi muda yang menyimpan minat untuk memasak dan memulakan perniagaan berkonsepkan penyediaan makanan.

Itulah yang telah dilakukan oleh pemilik dan tukang masak gerai Mi Fusion di Desa Sri Hartamas, Mohamad Syafian Norhalim Bin Mohd Nor. Lebih mesra dipanggil Halim, pemuda berumur 26 tahun ini sudah lama mengimpikan untuk membuka gerai makanannya sendiri dan menyajikan menu ciptaan serta kesukaannya.

whatsapp-image-2017-04-07-at-11-01-09-am

“Saya memang suka memasak dari dulu. Setiap kali ada peluang untuk ke dapur saya pasti akan cuba menghasilkan sesuatu. Walaupun saya bukan lulusan bidang masakan atau perhotelan tetapi saya susah untuk melupakan cinta saya terhadap masakan. Jadi selepas bekerja untuk sebuah syarikat media selama beberapa bulan, saya kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja di bidang tersebut dan meneruskan cita-cita saya untuk membuka gerai ini,” jelas Halim.

whatsapp-image-2017-04-07-at-10-59-28-am
Burger Ayam Goreng yang juga salah satu menu kegemaran di MI Fusion

Di Mi Fusion, Halim gemar bermain dengan ramuan dan menurutnya dia tidak sangka ada beberapa hidangan masakannya yang menjadi kesukaan pelangannya.

“Masakan saya di sini berkonsep ringan dan mudah. Tidak terlalu berat. Ramai golongan muda yang suka makan di sini dan mereka meminati Ayam Popkorn Bawang Putih dan Pasli kami, selain daripada Ayam Popkorn Barbeku, yang kedua-duanya dihidang dengan kentang goreng. Saya tak sangka dua hidangan ini banyak peminat. Sudah tentu sebagai orang yang menyediakannya, saya berasa sangat gembira,” tambah Halim sambil tersenyum.

whatsapp-image-2017-04-07-at-11-43-48-am
Mohamad Syafian Norhalim Bin Mohd Nor, pemilik dan tukang masak Mi Fusion

Biarpun kebanyakan menunya berkonsep makanan barat, Halim telah meminta jasa baik ibunya untuk membantu memperkenalkan masakan asam pedas khasnya yang digelar ‘Asam Pedas DRJ Mama’. Sajian tersebut disediakan mengikut gaya masakan orang Melaka, sesuai dengan ibunya yang berasal dari negeri tersebut.

whatsapp-image-2017-04-07-at-10-59-28-am-1

Dengan harga makanan yang sangat berpatutan (kebanyakan sajian berharga RM10 ke bawah) Mi Fusion mungkin pilihan tepat buat mereka yang suka menjamu selera di gerai pada waktu malam. Buka setiap Rabu hingga Ahad dari jam enam petang sehingga lewat malam, menu-menu ‘fusion’ ini menanti ketibaan anda!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!