71713

'Bayang by Khai Bahar' Hadir Dalam Bentuk Haruman - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun belum setahun bergelar artis, penyanyi sensasi yang terkenal dek penangan aplikasi ‘Smule’ , Khai Bahar telah pun dilamar untuk miliki wangian sendiri.

17

Melalui jenama Rises Perfumes, Khai telah dilamar untuk menjadi duta kepada wangian edisi terhad yang diberi nama ‘Bayang’ sempena dengan lagu hit pertama jejaka berusia 23 tahun itu.

10

Lebih menarik lagi, wangian yang dikategorikan sebagai parfum itu dihasilkan melalui bauan yang dipilih Khai sendiri.

Tumbuhan Patchouli digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan nota bau yang unik dan eksotik.

9

Aroma ‘Bayang’ ini juga terhasil dari inspirasi remaja masa kini dan ia dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan Indonesia.

Antara kriteria yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personaliti Khai sendiri yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif.

2

Khai sewaktu ditemui di majlis pelancaran haruman itu berkata, dia memang teringin untuk memiliki perniagaan sendiri dan tawaran ini dilihat sebagai peluang terbaiknya untuk mencuba sesuatu yang baru.

‘Bayang’ oleh Khai Bahar juga merupakan alternatif kepada penggemar minyak wangi halal yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari JAKIM. Ia memberi ketenangan fikiran untuk kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam.

Penghasilan wangian ini dipastikan mematuhi keperluan syariah di mana wangian ini tidak mengandungi alkohol dalam memastikan ia selamat untuk kulit manusia serta kesesuaian untuk digunakan dalam menunaikan solat.

3

Kepekatan pati sebanyak 60 peratus di dalam parfum ini membuatnya tahan sehingga 24 jam.

Hadir dalam dua jenis wangian untuk lelaki dan wanita, haruman ini dijual pada harga RM90 untuk 30 ml dan boleh dapatkannya melalui Instagram RiSES 2rises_official tau Facebook RiSESPerfumes.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!