73239

Berbuka Puasa Di Antara Pencakar Langit di Elements Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

back-peha-kambing-bumbu-jawa-barongan-front-lesung-batu-mak-wan-corner-featuring-different-types-of-sambal

Ramadan akhirnya menjelma dan hampir kesemua restoran dan kafe seluruh negara sudah bersedia untuk menampilkan menu sajian istimewa mereka bersempena dengan waktu iftar atau berbuka puasa.

guest-can-bring-home-ground-spices-and-replicate-chefs-signature-dishes-at-home

Tidak ketinggalan untuk sama-sama memperkenalkan hidangan khas Ramadan mereka, adalah salah satu hotel terbaru di Kuala Lumpur, iaitu Elements by Westin. Hotel yang digelar ‘adik’ kepada jenama hotel Westin ini memaparkan tema Warisan Rempah Ratus dalam sajian buffet Ramadan di restoran mereka yang bernama TRACE.

dining-in-the-sky

Terletak di tingkat 40, Trace diterajui Chef Eksekutif Hashrul dan anak didiknya yang berjaya menghasilkan juadah bernuansa warisan rempah ratus tradisional.

gulungan-otak-otak-with-kerabu-mangga-ikan-bilis

Sambil menikmati pemandangan indah kala dikelilingi ratusan pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur, para tamu bolehlah mencuba aneka sajian berupa Gulungan otak otak & Kerabu Mangga Muda dengan Ikan Bilis, Gulai Daging Salai Utara Nangka Muda), daging panggang dan banyak lagi.

asam-pedas-ikan-sembilang-seri-mersing

Tidak lupa juga aneka ulam serta salad dan ajnas makanan laut buat mereka yang menyukai hidangan Jepun seperti sashimi, gulungan maki serta sushi. Buat yang idamkan rasa sambal, bolehlah ke sudut Lesung Batu Mak Wan untuk mencuba bermacam jenis Sambal belacan, seperti sambal belacan nenas,sambal belacan mangga muda, sambal rawit, sambal tempoyak, sambal budu, sambal cencalok dan sambal kelapa.

nasi-ambeng-ayam-rempah-nusantara

Harus dicuba juga Peha Kambing Bumbu Jawa Barongan dengan Nasi Briyani Rice, Aroma Aneka Ikan Panggang Daun Kunyit, Sup Rempah Utara Malatop serta Assam Pedas Ikan Sembilang Seri Mersing. Tidak dilupakan satu lagi sajian klasik iaitu, Nasi Ambeng Ayam Rempah Nusantara.

a-myriad-of-well-balanced-food

Untuk pencuci mulut pula jangan lupa menyicip pelbagai kuih Melayu dan juga Martabak San Francisco, Kek Coklat Lava, Puding Kurma, Pengat Pisang dan banyak lagi.

Promosi Warisan Rempah Ratus di TRACE, Elements Kuala Lumpur bermula pada harga RM159.00 nett seorang dari jam Enam petang hingga 10.30 malam dari 26 Mei sehingga 24 JUn 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!