85823

Berenang sambil melihat matahari terbenam…hanya di FOX Harris Jimbaran,Bali! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bali telah meraih posisi pertama dalam senarai 25 destinasi terbaik terbaik dunia menurut TripAdvisor. Bali juga terkenal sebagai ‘The Island of the Gods’ atau ‘Pulau Dewata’ kerana terdapat beribu kuil di serata pulau tersebut. Malah Bali merupakan sebuah pulau yang penuh dengan sejarah, kepelbagaian budaya dan juga agama.

fox-4

Jimbaran pula merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di kepulauan Bali. Jika singgah di Jimbaran anda harus ke Fox Harris Jimbaran Hotel kerana ia sangat popular dengan keindahan pantai dan juga panoramanya.

img_8967

Fox Harris Jimbaran juga dikenali dengan kolam mandinya yang terletak di “Roof Top Bar” yang berada di tingkat 6 menghadap laut dan memberikan para tamu peluang untuk merasai sendiri bagaimana berenang sambil melihat matahari terbit ataupun terbenam. Sangatlah romantik!

Sebagai sebuah hotel yang diberikan 4 bintang bersama dengan taglinenya ‘A moment in life’. Fox Harris Jimbaran membawa hiasan bilik dan juga landskap hotel yang serba moden dan juga mencerminkan konsep gaya hidup urban tanpa mengurangkan nilai dan unsur etnik Bali.

img_0048

Jika anda menginap di Fox Harris Jimbaran anda akan sentiasa ceria kerana warna yang digunakan sangat terang dan juga berkonsep ruang terbuka. Ini membuatkan tamu berasa sangat tenang seakan berada di dalam kawasan yang terpencil walaupun ia tidak jauh dari pusat kota Jimbaran itu sendiri.

fox-2

Bilik yang disediakan mempunyai reka bentuk yang mewah dengan lantai kayu yang menjadikan suasana bilik tersebut nampak elegan dan nyaman untuk didiami. Malah bilik yang berada di tingkat bawah mempunyai laluan ke kolam ikan dengan hanya perlu membuka pintu gelangsar tamu sudah dapat menikmati kolam ikan sambil menghirup udara segar dan tanaman hijau sekeliling kolam tersebut. Asyik sekali!

fox-1

Hotel ini mempunyai 125 buah bilik, WTF Rooftop Pool and Bar, bilik mesyuarat, restoran, gymnasium, dobi, 24 jam servis bilik, akses kepada internet (WIFI), dan turut mempunyai ruang perkahwinan, buat yang ingin melangsungkan perkahwinan di situ sambil berhadapan dengan pantai dan juga spa.

img_9211

img_9707

Jika anda ingin menyusuri pantai di Jimbaran, ia hanya mengambil masa lima minit perjalanan dari hotel ke pantai. Sepanjang pantai tersebut terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan laut yang sangat enak. Ini memberi peluang untuk pengunjung makan di tepi pantai sambil ditemani cahaya bintang dan juga bulan serta desiran ombak. Sangat sesuai untuk orang yang sedang berbulan madu!

img_9840

Dengan lokasi yang stategik, perkhidmatan yang baik bertaraf antarabangsa, harga yang sangat berpatutan, Fox Harris Jimbaran merupakan pilihan sesuai jika ke Bali!

sumbangan : Fiera Rahim

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!