73249

Bergaya ala Che Ta di Hari Raya Bersama Minaz - Suria FM - Segalanya Hiburan

mnz-0054

Jenama pakaian Minaz menampilkan pelakon jelita, Rozita Che Wan sebagai duta koleksinya yang dinamakan Minaz Blooming Raya 2017.

mnz-9733
Istimewa kali ini, Minaz juga mengetengahkan konsep ibu dan anak beraya dengan pakaian sedondon di pagi raya.
Rozita yang lebih mesra dipanggil Che Ta telah bersetuju untuk berkolaborasi bersama Minaz buat edisi raya kali ini. Che ta juga memberi kerjasama yang menggalakkan dengan menyumbang idea dari segi konsep dan cerita sepanjang penggambaran.

mnz-2345

Ada 5 corak cetakan terbaru iaitu, Rosey, Iznik, Iris, Muscary dan siri Carnation. Sebagai tambahan, Minaz juga memperkenalkan Koleksi Luxe Edition yang lebih gah dan sesuai untuk digayakan kemana-mana acara sekalipun.
Koleksi ini turut mengetengahkan warna-warna, fabrik serta rekaan terbaru yang pertama kali dipaparkan.

mnz-2414

Harga yang ditawarkan untuk kesemua helaian adalah harga mampu milik. Malah Koleksi Minaz Luxe Raya edition didatangkan dengan beg pakaian kecil, kotak eksklusif dan sampul duit raya. Sementara Koleksi Minaz raya yang lain semuanya didatangkan dengan kotak dan juga sampul duit raya Minaz. Harga untuk koleksi dewasa bermula RM 239 sehingga RM 529 (Minaz Luxe) dan untuk koleksi kanak-kanak pula RM 159 sehingga RM 229(Minaz Luxe).

mnz-2416

Tak lupa juga, Minaz memperkenalkan koleksi sulung Minaz Baby khas buat bayi untuk raya kali ini, yang diterajui oleh cahaya mata ketiga Pija Minaz, Little Wardah.

mnz-7773

Pada tahun ini, lokasi untuk pembelian koleksi Minaz Blooming Raya 2017 boleh diperolehi di 3 cawangan utama Minaz iaitu di Bangi, Shah Alam dan Kuantan. Tak lupa juga di outlet sedia ada Minaz di Modvier Bangsar, Gondola.31 Ipoh, Malvita Kedah, Truly Signature Melaka dan Vendville Johor bahru. Akan datang juga, di ‘pop-up store’ Paradigm mall.

mnz-9737

Disamping itu, pada bulan Ramadhan ini Minaz akan mengadakan jelajah iaitu Minaz Tour berupa sesi ramah mesra bersama Che Ta dan Aaisyah Dhia Rana. Lokasi pertama akan bermula di Minaz Bangi.

mnz-7701

Tahun ini khas untuk orang di Pantai Timur, Minaz akan menyertai acara tahunan Timor Fest di Terengganu, selama tiga hari. Acara kemuncak pada 8 Jun turut menampilkan Che Ta di gerai Minaz pada hari tersebut.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!