73240

Bergaya Ala Saloma Di Hari Raya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pereka fesyen duo yang sedang meningkat naik, Fizi Woo telah melancarkan koleksi raya terbaru mereka bersama dengan Pret-A-Porter.

Menariknya untuk koleksi raya kali ini, Fizi Woo mencedok gaya biduanita terkenal negara, Allahyarham Puan Sri Saloma sebagai inspirasi.

 

str2_ayicons_saloma

“Untuk mencipta koleksi kali ini kami membayangkan bagaimana kalau Saloma masih hidup, apa yang dia akan pakai, ini adalah salah satu ekspresi kami sebagai pereka fesyen untuk menggambarkan koleksi hari raya yang diinspirasikan daripada Saloma” , jelas Fizi Woo.

pap-fiziwoo-_0078_dsc05750pap-fiziwoo-_0032_dsc05859

Terkenal dengan rekaan yang beropol serta sarat perincian manik, tetapi kali ini Fizi Woo mengambil pendekatan berbeza apabila tiada elemen sebegitu di dalam rekaan mereka kali ini.

screen-shot-2017-05-29-at-12-44-09-pmscreen-shot-2017-05-29-at-12-43-51-pm

“Koleksi kali ini kami memikirkan konsep yang lebih ringkas tetapi bermain dengan potongan yang lebih dramatik sebagai contoh penekanan diberikan di bahagian lengan, serta potongan peplum di bahagian pinggang”.

Kenapa kami tidak menggunakan perincian manik, kerana untuk koleksi kali ini kami tidak mahu tertumpu kepada hari raya atau satu acara sahaja. Kami mahukan ia lebih fleksibel dan boleh digunakan di pelbagai majlis”.

 

pap-fiziwoo-_0059_dsc05797pap-fiziwoo-_0010_dsc05916

Penggunaan material hasil campuran poliester dan tenunan taffeta bersama warna-warna ranggi menyerlahkan lagi nilai eksklusiviti rekaan ini.

screen-shot-2017-05-29-at-12-42-49-pm

“Fabrik taffeta yang digunakan bukan jenis yang sedia ada, tetapi ia telah diberi nafas bariusupaya lebih mudah bergerak apabila dipakai.
Paling penting si pemakai tidak akan berasa panas serta mempunyai lebih ruang untuk bernafas kerana mengandungi kandungan asli fiber yang tinggi”, terang mereka.

Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh berkunjung ke laman sesawang www.pretaportermy.com ataupun berkunjung ke butik fizikal mereka di G Village Desa Pandan Kuala Lumpur.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!