73358

Bermalam Dikelilingi Pesawat di Bloc Hotel Gatwick di London - Suria FM - Segalanya Hiburan

20171020_071909

Pernahkah anda bayangkan bagaimana rasanya bermalam di sebuah tempat dengan melihat pemandangan kapal terbang mendarat di luar jendela anda?

Itu merupakan sesuatu yang biasa jika anda berpeluang bermalam di hotel-hotel transit di lapangan terbang. Seperti di hotel Sama-Sama Express di KLIA2, Bloc Hotel di lapangan terbang antarabangsa Gatwick di London menawarkan pengalaman menginap yg sama.

20171019_151153

Terletak secara strategik di terminal selatan Lapangan Terbang Gatwick di London. Hotel transit yang terletak di dalam lapangan terbang ini menampilkan bilik- bilik yang selesa termasuk beberapa bilik buat keluarga yang mempunyai lebih daripada satu katil, di mana para tamu boleh beristirehat dalam persekitaran yang selesa dengan pemandangan laluan kapal terbang di luar jendela!

20171019_151158

Setiap bilik dihias dengan moden dan praktikal untuk keperluan tamu serta dilengkapi dengan kemudahan seperti sambungan internet wi-fi percuma, TV satelit, teh dengan kopi dan seumpamanya.

20171019_151451

Terdapat juga sambungan wi-fi percuma di setiap bilik. Tidak dilupakan Bloc hotel di sini juga dikelilingi ajnas restoran dan kafe bagi memudahkan tamu yang ingin menjamu selera di dalam lapangan terbang.

20171019_151540

20171019_140215

Malah ia juga mudah ditujui dengan menaiki keretapi ekspres iaitu Gatwick Express yang bertolak dari stesen pusat London Victoria.

20171019_185455

Dengan perkhidmatan yang baik serta pemandangan luar jendela yang tidak mungkin ada di hotel lain, penginapan di Bloc Hotel Gatwick memang harus dicuba sekiranya anda mempunyai penerbangan sambungan untuk beberapa jam dari satu destinasi ke destinasi yang lain ataupun sekiranya anda malas untuk bangun pagi dan mengejar pesawat di awal pagi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!