89100

Bermalam Indah di Sheraton Imperial Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja nama hotel ini, pasti ramai yang teringatkan bangunannya yang gah di Jalan Sultan Ismail di tengah-tengah segitiga emas Bandaraya Kuala Lumpur.

Hotel mewah lima bintang yang bertaraf antarabangsa ini sudah berusia lebih 20 tahun dan merupakan salah satu hotel tersohor di Kuala Lumpur. Terletak di pusat kota, hotel ini juga mempunyai lokasi yang sangat strategik kerana kedudukannya tidak jauh dari stesen monorel yang menghubungkan orang ramai dengan kesemua tempat-tempat menarik serta pusat-pusat perdagangan di sekitarnya. Ia juga bersebalahan Jalan Doraisamy yang masyhur dengan tempat-tempat bersantai dan hiburan.

Dengan ratusan bilik-bilik indah dari pelbagai taraf, hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir. Seperti hotel-hotel mewah lain, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan elektronik terkini serta perabot berkualiti tinggi. Senireka dalamannya juga bersesuaian dengan gaya penginapan masa kini yang eksklusif serta kontemporari.

Sheraton Imperial Kuala Lumpur juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang, gymnasium serta pusat kesihatan, Ini termasuk bilik sauna, jacuzzi (lelaki dan perempuan) serta sudah tentu ruangan spa dan urut yang dikendalikan oleh pihak Mandara Spa, salah satu pengurus spa yang paling dikenali di Malaysia.

Menepati posisinya sebagai sebuah hotel perniagaan, ia sudah tentu dilengkapi ruangan khas untuk mengadakan mesyuarat dan seminar. Ia sangat berbeza dari ruang mesyuarat hotel-hotel biasa kerana senireka dan suasananya amat unik. Setiap bilik mesyuarat ada tema tersendiri dan sangat ceria seolah-olah berada di rumah atau pangsapuri dan bukan hotel perniagaan.

Tersedia juga sebuah lounge besar di luar bilik-bilik mesyuarat ini yang lengkap dengan sofa kaunter dapur yang sempurna untuk bersantai atau menikmati minuman panas dan makanan ringan. Tak lupa juga sebuah dewan besar untuk mengadakan pelbagai acara.

Di samping keindahan hotel ini, ia juga terkenal dengan tempat-tempat makannya seperti Essence yang menyajikan makanan antarabangsa, Celestial Court, syurga makanan Cina, Villa Danielli, sebuah villa kecil yang benar-benar terletak di dalam hotel yang menyajikan makanan asli Itali, sebuah ‘lounge’, tempat untuk minum sambil bersantai berserta hiburan secara langsung dan menghidangkan pelbagai jenis makanan ringan seperti sandwic, roti, pencuci mulut dan seumpamanya.

Jika anda ingin menikmati sekilas kemewahan dan melihat Kuala Lumpur dari pusat kota, bermalamlah di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!