86250

‘Bersantai’ Dalam Kemewahan di The Santai Villa, Seminyak Bali. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika anda inginkan percutian yang eksklusif dan ingin lari dari kesibukan bandar, terbanglah ke Bali dan menginaplah di ‘The Santai Villa’. Ia adalah jawapan yang paling tepat untuk anda kerana terletak berhampiran dengan sawah yang indah dan beberapa kuil yang unik.

Lokasinya juga terletak sekitar 15 minit pemanduan dari ajnas kedai serbaneka, restoran dan juga ‘dunia malam’ di Seminyak yang sibuk. Di vila ini, mereka menawarkan sesuatu yang sangat berbeza dari hotel dan resort yang terdapat di sekitar Seminyak iaitu – pengalaman yang benar-benar aman di vila mereka sendiri.

The Santai direka dengan unsur Bali yang penuh dengan kemewahan. Apabila anda sampai sahaja di vila anda, pintu pertama membawa anda melalui laluan kecil yang cantik dengan tumbuhan yang tergantung dan sebuah lagi pintu untuk memasuki ruang vila tersebut. Setiap vila mempunyai kolam renang tersendiri lengkap dengan pokok Frangipani dan ruang rehat serta ruang makan yang berkonsepkan ‘Open Space’ atau ruangan terbuka dan juga dapur untuk memasak. Anda pasti akan berasa seperti menginap di sebuah rumah yang mewah dan ekslusif kerana semuanya sudah tersedia!

Keistimewaan yang paling menarik di vila ini ialah bilik airnya yang berkonsepkan ruangan terbuka dan besar. Ia bukan hanya mempunyai satu ruang mandi tetapi ada dua pancuran mandian luar! Turut tersedia sebuah tab mandi yang besar dan mewah sambil dikelilingi daun-daun hijau ibarat anda sedang mandi di dalam taman yang segar. Boleh dikatakan setiap ruang di dalam vila ini sesuai untuk anda bergambar.

Selain bilik airnya yang menarik, The Santai Villa turut menyediakan perkhidmatan servis bilik di mana anda boleh memesan untuk bersarapan di vila anda sendiri jika anda tidak mahu untuk bersarapan di restorannya. Selain itu, vila ini juga turut menyediakan basikal secara percuma jika anda ingin meneroka sekitar vila dan juga kawasan berdekatan. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan ulang-alik percuma ke dan dari Seminyak (sekitar 10-15 minit dengan kereta).

The Santai mempunyai 11 buah villa yang lengkap dengan kolam renang. Lima vila dengan dua bilik tidur dan juga enam vila dengan tiga bilik tidur. Para tamu yang tinggal di sini boleh merasai sendiri perkhidmatan yang sangat peribadi dari saat mereka mendaftar masuk hinggalah mereka meninggalkan vila tersebut. Sangat sesuai dengan cogankata mereka iaitu ‘hospitality from the heart’ yang diguna pakai oleh “Lifestyle Retreats’ selama bertahun-tahun dalam perniagaan perhotelan mereka.

 

sumbangan : Fiera Rahim

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!