89040

Bersantai di Kota Singa di Concorde Singapura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak dulu lagi Singapura memang sering menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana bandaraya popular ini memang terkenal dengan pelbagai tempat menakjubkan serta kawasan membeli-belah menarik.

Jarak Singapura dan KL yang hanya memakan masa sekitar 45 minit dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia. Lantas, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat.

Salah satu hotel yang sering mendapat tempat sebagai penginapan adalah Concorde Hotel Singapore.

Hotel berbintang empat yang sudah lama bertapak di ibu negara kita ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang ingin berada di tengah-tengah segala aktiviti menarik di sekitarnya. Hotel ini mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana berada benar-benar berdekatan stesen MRT Dhobi Ghaut. Ini memudahkan para tetamu yang bermalam di hotel ini untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai di Singapura.

Dari Concorde Hotel Singapura jarak ke tempat-tempat seperti Orchard Road yang terkenal dengan pusat membeli-belah juga tidak sampai lima minit dengan berjalan kaki.

Berbekalkan 407 bilik yang dihias indah, hotel ini menjanjikan kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa buat pengunjungnya yang rata-rata terdiri daripada warga asing dan juga tempatan. Baru sahaja menjalani proses pengubahsuaian serta renovasi tidak berapa lama dahulu, seni reka dalaman hotel ini kelihatan lebih cantik dan kontemporari bersesuaian dengan peredaran gaya serta zaman. Bilik-bilik yang dilengkapi dengan ciri-ciri terbaru ini juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Seperti hotel-hotel lain, Concorde Singapore juga mempunyai kemudahan-kemudahan seperti dewan serbaguna dan juga bilik-bilik mesyuarat bagi penganjuran pelbagai aktiviti. Ia juga terkenal dengan tempat-tempat makan, khasnya Spices Cafe yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung buat menjamu selera tanpa mengira waktu (pilihan hidangannya sangat hebat). Ada sajian berasaskan sayuran serta ikan dan makanan laut bagi mereka yang inginkan sajian halal.

Selain Spices Cafe, para tamu juga dapat menikmati minuman atau makanan sambil berhibur di Spices Bar dan juga Lobby Lounge. Bagi yang sukakan makanan Jepun, sebuah restoran Jepun, Nogawa juga ada di sini.

Jangan lupa juga untuk mencuba kolam renang serta gimnasium kalau mahu beriadah!

Pendek kata semuanya ada di Concorde Singapore dan semua ini ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Jika anda punya peluang serta masa ke Singapura, singgahlah dan bermalamlah di sini. Anda pasti tidak akan menyesal dan mahu datang lagi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber