73227

Bersenam Dengan 'Wanita' - Suria FM - Segalanya Hiburan

pengurus-besar-kanan-media-prima-labs-operasi-nicholas-sagau-bersama-para-jurulatih-wanita

Media Prima Digital melancarkan aplikasi terbarunya, Wanita yang merupakan aplikasi kecergasan wanita pertama di Malaysia. Dibangunkan oleh inkubatornya Media Prima Labs, aplikasi ini menawarkan pelbagai kandungan video menarik merangkumi pelbagai rutin senaman dan kecergasan selain tips-tips dan informasi berguna berkaitan kesihatan, pemakanan sihat, gaya hidup, tatarias serta penjagaan diri luar dan dalam. Menariknya, Wanita menampilkan kandungan tempatan iaitu video tutorial yang dikemudi selebriti terkenal bersama pakar kecergasan tanahair yang sesuai dengan demografik rakyat Malaysia.

Sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin beralih kepada gaya hidup sihat, aplikasi Wanita dilihat relevan sebagai satu bentuk medium rujukan dan panduan khususnya bagi wanita-wanita di luar sana yang tidak punya masa untuk ke gimnasium bagi melakukan senaman. Kandungan video tutorialnya yang mudah membuatkan aplikasi ini mesra pengguna selain ia boleh dimuat turun secara percuma di kedua-dua platform Android dan iOS.

Aplikasi ini menampilkan beberapa selebriti terkenal tanahair juga gabungan pakar kecergasan daripada rutin berbeza dalam membawakan kandungan senaman di atas talian. Antara yang terlibat sebagai jurulatih Wanita adalah Atilia Haron, Nana Al Haleq, Murad Zaidi, Ruzaiyati Ahmad, Ais Rashid, Hanif Shawn dan juga Dhiya Aizat. Pengguna boleh mengikuti pelbagai video kecergasan merangkumi rutin seperti yoga, lean body, tarian kecergasan (Zumba) dan senaman HIIT yang boleh diikuti dan dipelajari dengan mudah.

sebahagian-daripada-jurulatih-aplikasi-wanita-dhiya-aizat-nana-al-haleq-murad-zaidi-ais-rashid-hanif-shawn

Aplikasi Wanita juga membawakan tip-tip dan artikel-artikel berkaitan gaya hidup yang sesuai dijadikan bacaan santai. Daripada fesyen, kecantikan, kesihatan sehinggalah kepada perkongsian menarik mengenai isu-isu kesihatan, semuanya ada di Wanita. Tutorial solekan juga akan ditawarkan dalam masa terdekat. Pendek kata, segala yang berkaitan dengan wanita ada pada aplikasi ini.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang inginkan lebih kepuasan, pembelian dalam aplikasi juga menawarkan kandungan premium merangkumi video tutorial yang lebih eksklusif selain mengikut aras kesukaran yang lebih tinggi lagi. Antara kandungan premium yang ditawarkan adalah rutin Yoga Sticks, Back Roller Therapy & Fat Blaster (terapi untuk pesakit slipped disc). Kedua-dua kandungan percuma dan premium akan sentiasa ditambah bagi memastikan pengguna aplikasi Wanita mendapat manfaat yang sewajarnya daripada aplikasi ini.

Aplikasi Wanita boleh dimuaturun secara percuma di Apple App Store untuk pengguna iOS manakala pengguna Android boleh mendapatkannya di Google Play Store. Pengguna juga boleh mendapatkan kandungan premium Wanita pada harga RM 7.90 menerusi pembelian in app untuk langganan bulanan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!