73267

Bianco Mimosa Kembali Dengan Helaian Paling Eksklusif - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama Bianco Mimosa kembali menghangatkan raya anda dengan helaian-helaian eksklusif yang pastinya akan memukau setiap mata yang memandang.

Tahun ini Bianco Mimosa mengangkat tema cinta dalam koleksi terbarunya yang diberi nama T’Amore.

18664528_1764785360518574_7402227469944770710_n

Antara helaian yang paling mencuri tumpuan pastinya baju kurung moden yang menggunakan fabrik renda baldu yang jarang sekali dilihat diguna pakai di Malaysia.

18664454_1764702457193531_4880351877514451987_n18671035_1764702853860158_1873986449928013186_n

Lebih indah apabila renda baldu itu disulami ratusan mutiara asli yang dijahit sendiri untuk membias nuansa romantik lagi mewah. Hadir dalam lima rona kesemuanya, pasti si pemakai kelihatan bagaikan puteri di Aildilfitri nanti.

unnamedunnamed-1unnamed-2

Selain dari rekaan yang mengunakan renda baldu, Bianco Mimosa turut tampil dengan koleksi yang menggunakan fabrik yang direka sendiri.

18671055_1764702800526830_8563146185934184596_nMenurut pemilik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya setiap rekaan serta corak untuk fabrik ini dilukis sendiri mengikut tema cinta dan romantik menjadikannya antara helaian paling eksklusif.

18671223_1764702603860183_2110358847027646037_n18620306_1764703500526760_7988864075887257423_n

Tubuh anda pasti kelihatan ibarat dibaluti sebuah karya lukisan terindah tatkala menyarung helaian ini.

18582452_1764702757193501_4700380390178039065_nBagi yang inginkan sesuatu yang lebih ringkas dan harga yang lebih rendah, Bianco Mimosa turut memperkenalkan koleksi mampu milik serendah RM299.

18622576_1764702707193506_7523297686193895593_n18620043_1764702523860191_2469232015345212598_n

Untuk koleksi ini, Bianco Mimosa bermain dengan potongan kerana tidak banyak perincian yang digunakan. Tetapi masih mengekalkan nilai eksklusif pada setiap manik yang dipadankan.

18664535_1764702647193512_2430097048997178617_n18582531_1764702667193510_8157050151454027031_n

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi eksklusif ini, bolehlah berkunjung ke butik Bianco Mimosa yang terletak di Pusat Komersial TSB Sungai Buloh dan Menara Mara.

Berita baik buat anda, Bianco Mimosa sedang mengadakan jualan diskaun sehingga 40%. Ayuh beli sebelum terlambat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!