
/wp-content/uploads/2017/11/23005446/bibir-merah.jpg)
Setiap wanita mengimpikan bibir yang cerah tanpa sebarang kehitaman tetapi tidak semua wanita memiliki bibir cerah.
Apa punca terjadinya bibir hitam? Bagaimana pula cara untuk mengatasi masalah ini?
Untuk pengetahuan anda, bibir boleh menjadi hitam jika anda kerap meminum kopi, teh mahupun merokok.
Tetapi jangan risau, jom kita lihat antara petua yang boleh anda guna untuk selesaikan masalah ini!
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur. Sapukan disekitar bibir. Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.
Topeng Buah Beet
Potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir. Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir tetapi ia juga dapat melembabkan secara semula jadi.
Timun
Ambil sepotong timun dan potong secara halus. Sapukan ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika hendak tidur dan biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit dan campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga menjadi pes. Sapu pada kawasan bibir anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian urut dan skrub dibahagian bibir untuk mematikan sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Wanista