87589

Bonuslink Berkolaborasi Bersama Ponta - Suria FM - Segalanya Hiburan

BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink), syarikat kesetiaan pelanggan utama di Malaysia telah mengumumkan kolaborasi bersama Ponta Global Alliance (PGA) “Ponta”, juga merupakan syarikat program kesetiaan pelanggan dan ganjaran di bawah Loyalty Marketing Inc yang beribu pejabat di Shibuya, Tokyo.

Kolaborasi ini akan mewujudkan Program Pertukaran Mata Ganjaran yang merentasi 3 negara iaitu Malaysia, Jepun dan Indonesia. Ponta di Jepun mempunyai keahlian seramai 87 Juta dan di Indonesia seramai 20 Juta ahli. Program Pertukaran Mata Ganjaran membolehkan 115 juta ahli menikmati ganjaran serta diskaun di lebih 30,000 syarikat yang menyertai di ketiga tiga Negara.

Ahli BonusLink yang melancong ke Jepun atau Indonesia boleh mengumpul Mata Ganjaran Ponta melalui Kad Maya Ponta dan boleh di akses di Aplikasi BonusLink. Bermula pada 1 Julai 2018 perkhidmatan sepenuhnya disediakan untuk Android dan Apple.

Jenama di Jepun yang menyertai termasuklah Lawson, Lawson Store 100, Natural Lawson, SEGA, AOKI, Ootoya dan di Indonesia pula ialah Alfamart, LAWSON, Hotel Cordela, Solarion dan banyak lagi.

Apabila kembali ke Malaysia, Ahli BonusLink boleh memilih untuk menukarkan Mata Ganjaran Ponta ke Mata Ganjaran BonusLink berdasarkan Struktur Mata Ganjaran yang telah ditetapkan.

Jepun

1 Mata Ganjaran Ponta Jepun = 2 Mata Ganjaran BonusLink

Indonesia

50 Mata Ganjaran Ponta Indonesia = 1 Mata Ganjaran BonusLink

Begitu juga untuk Ahli Ponta di Jepun dan Indonesia boleh mengumpul Mata Ganjaran BonusLink di Rakan Niaga BonusLink di Malaysia. Ini termasuklah Rakan Niaga utama BonusLink seperti Parkson, Shell, Focus Point dan Agoda.

Pengurus Besar BonusLink, En Victor Goon berkata: Kami teruja dengan adanya Ponta sebagai rakan strategik yang merupakan satu pencapaian yang penting. Saya percaya kami akan memperoleh pencapaian yang hebat dengan kolaborasi ini dan memastikan pengalaman ganjaran yang bertaraf dunia untuk Ahli-ahli. Kami akan sama-sama memanfaatkan pengetahuan tentang pasaran masing-masing, meningkatkan infrastruktur dan bekerjasama untuk berjaya.

Menurut Loyalty Marketing Inc, misi mereka adalah untuk berkembang dan menyasarkan 150 juta orang di seluruh Asia dan memenuhi permintaan di negara perkongsian. Loyalty Marketing Inc, teruja untuk melancarkan perkhidmatan di dalam dan di luar antara Jepun, Indonesia dan Malaysia dengan jangkaan perkembangan yang besar pada masa hadapan.

Ahli BonusLink boleh mendaftar Keahlian Ponta sekarang dengan memuat turun Aplikasi BonusLink dan menikmati lebih banyak faedah dengan Program Pertukaran Mata Ganjaran yang ditawarkan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!