73270

Budayakan Rantaian Kasih Bersama Habib Jewels - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap kali Aidilfitri menjelma, pasti ramai umat Islam sedunia sibuk dengan persiapan menyambut lebaran di Syawal yang mulia.

Tidak lengkap dengan hanya menyarung pakaian yang cantik, pemakaian aksesori harus dititik beratkan kerana ia adalah pelengkap gaya.

 

unnamedTahun ini, jenama barang kemas nombor satu negara, Habib Jewels kembali dengan koleksi Rantaian Kasih yang sudah lebih 15 tahun dikeluarkan setiap kali menjelang aidilfitri.

Bezanya tahun ini, Habib Jewels mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dengan mengutamakan tema ‘Budayakan Rantaian Kasih’.

fad_6473

Menurut Pengarah Urusan Habib Jewels, Dato’ Sri Meer Sadik, tema Budayakan Rantaian Kasih diangkat bagi mengembalikan semula ikatan persaudaraan serta persahabatan yang seakan pudar dalam masyarakat yang serba moden sekarang.

Bersempena dengan kempen ini, Habib telah menerbitkan sebuah filem pendek yang bertajuk Budayakan Rantaian Kasih dilakonkan oleh Aiman Hakim Reza, Maria Farida, Sweet Qismina dan Anne Abdullah.

screen-shot-2017-06-22-at-1-35-44-pm

Menariknya untuk koleksi Rantaian Kasih kali ini, ada beberapa jenis aksesori yang sudah pun habis dibeli. Antaranya adalah rantai labuh berloket dari koleksi Aura yang mengetengahkan unsur seni Islamik dalam rekaannya.

screen-shot-2017-06-21-at-3-22-49-pm

Antara koleksi-koleksi yang terdapat dalam kempen tahun ini ialah, Aura,Arabesque, Berlian, Ora Italia, Emas 916, Jejaka, Idaman dan Hearts On Fire.

screen-shot-2017-06-22-at-1-40-48-pm

Ramai yang beranggapan bahawa jenama Habib hanya menawarkan barangan yang mencecah ribuan malah puluhan ribu ringgit.

Tetapi ternyata tanggapan anda silap, kerana di Habib anda boleh mendapatkan cincin yang bertatahkan batu permata serendah RM510.

screen-shot-2017-06-21-at-3-27-43-pm

Rekaannya juga dipelbagaikan kepada semua peringkat umur. Bermula dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga barangan yang direka khusus untuk para jejaka.

screen-shot-2017-06-21-at-3-22-35-pm

Habib juga memahami kehendak pelanggan di Malaysia. Justeru itu setiap aspek dan kriteria pelanggan diutamakan. Habib adalah perintis rekaan rantai labuh yang sering dibeli oleh pelanggan muslimah yang berhijab.

Tidak terkecuali butang maju melayu yang bertatahkan batu permata, tetapi tidak menggunakan emas malah diganti dengan platinum demi mematuhi kehendak syariah.

screen-shot-2017-06-21-at-3-23-22-pm

Untuk mendapatkan setiap koleksi Rantaian Kasih ini, anda boleh kunjungi butik-butik Habib Jewels di lebih 30 cawangan seluruh Malaysia.

Menariknya di Habib, anda boleh menukar atau menjual semula barangan kemas anda yang lama dengan harga pasaran.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!