98654

Buffet Ramadan Lagenda – Santapan 29 Malam Dari Tropicana Golf & Country Resort Kembali! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kali ini, anda boleh menikmati Santapan 29 Malam daripada Tropicana Golf & Country Resort tanpa perlu keluar dari rumah kerana meraka akan bawakannya terus ke depan pintu rumah anda.

Dengan hanya memesan secara dalam talian melalui jomtapau.tropicanagolf.com, anda boleh memilih untuk menempah dan ambil sendiri atau menggunakan servis penghantaran.

Set menu ‘Selera Muhibbah’ 2020 daripada Tropicana Golf & Country Resort yang mewah pastinya akan memberikan anda kepuasan dalam menjamu selera berbuka puasa. Tropicana Golf & Country Resort menawarkan set menu yang berbeza setiap hari contohnya pada hari Isnin, menu yang ada adalah Ayam Panggang Percik, Asam Pedas Siakap bersama Sayur Bendi, Terong Tumis Berlada dan Nasi Beras Wangi; manakala pada hari Selasa pula Rendang Ayam, Daging Masak Hitam, Jelatah Nenas dan Nasi Bukhori; setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad, pelbagai jenis hidangan lazat yang direka oleh Chef Eksekutif, Chef Zaihari. Bukan itu sahaja, set menu tersebut turut disertakan Rojak Buah sebagai pembuka selera dan pelbagai jenis Bubur dan Sagu Gula Melaka sebagai pencuci mulut.

Selain daripada itu, Tropicana Golf & Country Resort juga mempunyai hidangan tambahan yang istimewa sepergi Ayam atau Sate Daging, Rusuk Kambing Panggang, Kambing atau Ayam Briyani, Tauhu Bergedil, Vietnamese Shrimp Roll dan banyak lagi hidangan yang pastinya menepati selera anda.

 Dan pada tahun ini, Tropicana Golf & Country Resort dengan bangganya memperkenalkan pek makanan beku mereka yang mempunyai pelbagai jenis hidangan dari masakan Tempatan hingga masakan Barat. Apa yang ada perlu buat hanya panaskan dan boleh terus nikmati hidangan tersebut.

Untuk memesan, log masuk jomtapau.tropicanagolf.com sekarang atau hubungi 03-78041919/03-78048888 ext 306 atau WhatsApp 012 2997815.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!