100672

Bukan Hanya Kopi, 5 Jenis Minuman Ini Buat Anda Sukar Tidur… Kata Kuncinya, Gula! - Suria FM - Segalanya Hiburan

KITA biasa dengar sebelum tidur sebaik-baiknya jangan minum kopi kerana ia akan membuatkan sukar untuk tidur memandangkan ia mengandungi kafein.

Namun sebenarnya, bukan kopi sahaja malahan terdapat beberapa jenis minuman lain yang tidak disarankan untuk diminum sebelum tidur.

Ini termasuklah minuman manis kerana ia mampu memberi pengaruh kepada peningkatan metabolisme yang menyebabkan anda sukar untuk tidur.

Berikut adalah beberapa jenis minuman yang tidak sepatutnya diminum sebelum tidur.

1. Teh

Teh memang banyak manfaat tetapi bukannya teh yang dipek sebagai minuman ringan.

Dalam kajian yang dilakukan American Chemical Society 2010 menunjukkan teh dalam bentuk minuman ringan ini mengandungi gula yang tinggi.

Ia sekaligus mematikan semua zat dan khasiat yang terkandung di dalamnya.

2. Kopi dan kreamer

Jika kafein tidak membuatkan anda sukar tidur maka minumlah. Tetapi perkara yang harus anda hindari ketika menikmati segelas kopi adalah penggunaan kreamer.

Kebanyakan kreamer dibuat daripada sirap jagung dan mengandungi minyak sayuran. Sirap jagung merupakan sumber gula yang tinggi dan boleh menyebabkan anda sukar melelapkan mata atau tidur terganggu.

3. Soda diet

Jangan sangka soda diet adalah cara paling selamat menikmati minuman berkarbonat, apatah lagi sebelum tidur. Kata kuncinya, gula!

4. Jus

Jus memang bagus tetapi kalau anda gemar minum yang dibeli di pasar raya, ketahuilah ia mengandungi fruktosa yang tidak diperlukan tubuh.

Meskipun jus buah-buahan mengandungi fruktosa semula jadi, namun sukrosa dapat meningkatkan berat badan anda.

Kajian mendapati, segelas jus epal memiliki kandungan fruktosa sama dengan enam biji epal. Minuman ini tidak ideal bagi anda yang ingin menjaga diet apatah lagi tidur yang cukup di malam hari.

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...