91881

Bulu Mata Lebih Dramatik Dengan FABULash! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Wanita dan kecantikan, satu topik yang tak akan pernah ada habisnya.
Saban tahun, ada saja penemuan baru, teknologi dan rawatan terkini yang mendorong pada perkembangan pesat industri kecantikan di negara ini.

Bagi wanita yang terlalu obses untuk kelihatan cantik, mereka sanggup menderita bagi mencapai matlamat itu. Manakala kelompok yang menghargai kecantikan asli, sudah memadai dengan pengambilan makanan tambahan termasuk penjagaan luaran saja.

Salah satu rawatan yang tidak menyakitkan namun memberi impak luar biasa kepada wajah seseorang adalah penggunaan bulu mata extension atau eyelash extensions yang cukup popular sejak kebelakangan ini.

Bercakap mengenai rawatan ini, nama FABUlash cukup sinonim dengannya selain menjadi pilihan ramai wanita terutamanya di kalangan selebriti wanita tempatan. Sebagaimana dapat dilihat menerusi akaun Instagram @fabulash.my.

Antara selebriti tempatan popular yang merupakan pelanggan tetap FABUlash adalah penyanyi Nabila Razali, Zara Zya, Datin Nina Juren, Noryn Aziz, Bella Astillah, Shila Amzah, Nina Iskandar, Ernie Zakri, Tiz Zaqyah dan ramai lagi termasuk influencer media sosial terkenal.

“Salah satu faktor mengapa FABUlash menjadi pilihan ramai, ini kerana spa kecantikan kami satu-satu di Malaysia yang mempunyai sijil yang diiktiraf oleh Persatuan Nailist Jepun.

“Malah kesemua produk dan barangan yang digunakan kami, bermula dari bulu mata, pewarna kuku sehinggalah kelengkapan membuat rawatan ini diimport dari Jepun yang sangat berkualiti tinggi.

“Jika anda mendengar isu seperti penyambungan bulu mata membuatkan mata gatal, bengkak dan sebagainya, semua itu tidak berlaku di sini.

“Ini kerana kami menggunakan bulu mata extension yang berkualiti diperbuat daripada bahan yang tidak memudaratkan mata malah bila dipakai terasa seperti bulu mata asli,” kata Pengarah Pemasaran FABUlash, Cik Hi Yin Pink.

Memperkasakan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua yang berpengkalan di lot 25A, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, ia sebagai satu usaha merealisasikan misi dan visi syarikat untuk menjadikan FABUlash satu jenama pilihan wanita di Malaysia. Selain permintaan tinggi dari pelanggan.

Terdahulu, cawangan pertamanya beroperasi di Desa Park City, Kuala Lumpur jam 1 Jun 2017.

“Mengapa kecantikan menjadi modul perniagaan kami, sebab utamanya adalah untuk mempromosikan keyakinan diri terhadap wanita dengan menyediakan perkhidmatan penyambungan bulu mata dengan pengalaman luar biasa.

“Selain ingin menyampaikan mesej kepada golongan hawa bahawa mereka boleh kelihatan cantik dan menyerlah tanpa solekan berlebihan. Cukup hanya dengan sentuhan yang minimal.

“Kepakaran kami tidak terbatas pada sambungan eyelash extensions saja tetapi juga, manicure, pedicure, waxing, lash perming dan henna. Pelanggan juga tidak perlu bimbang atau khuatir, kerana perkhidmatan kami dijamin selamat untuk digunakan,” katanya.

Ujar wanita cantik itu lagi, servis bagi setiap perkhidmatan yang disediakan adalah berpatutan, bagi memastikan semua pelanggan dari segenap peringkat umur dan bangsa dapat merasai pengalaman bersama kami.Bersama-sama Pink menggerakkan FABUlash untuk cawangan Taman Tun Dr Ismail, adalah Tengku Ab Hadi Tengku Mustapha selaku Pengarah Urusan dan Tracy Wan sebagai Pengarah Kreatif.

Pada majlis pembukaan FABUlash cawangan Taman Tun Dr Ismail, penyanyi Shiha Zikir, Nabila Razali, Cassidy dan Mimie Fly antara artis yang menyerikan majlis. Manakala barisan influencer adalah Norreen, Ekin Kamarudin, Lianna Nurdin, Ayunie Harris dan Ayu Harris.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!