86220

Burger dan Hidangan Stik Lazat di Fat Papa’s Publika - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kata orang, perkara baik selalunya datang dalam pakej yang kecil tetapi berlainan pula dengan penyanyi rap terkenal Singapura,personaliti TV dan terkini usahawan berjaya – Sheikh Haikel yang tidak perlu diperkenalkan lagi, “Saya percaya, lagi besar lagi baik atau baik pulang sahaja,” katanya.

“Niat saya pada mulanya adalah untuk menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya Halal. Lebih kurang 7 tahun lepas,saya telah bertemu dengan pengusaha dan pencipta FatBoy’s iaitu saudara Kennie dan Bernie Tay lalu menyatakan hasrat saya untuk menjadikannya Halal agar dapat dinikmati oleh penduduk Muslim di Singapura, tetapi mereka belum bersedia dengan idea tersebut. Sehinggalah pada bulan Februari tahun lepas,akhirnya mereka bersetuju dan tertubuhlah cawangan kami yang pertama di 17 Bali Lane.

Rakan niaga dan saya bersepakat untuk menamakannya ‘FatPapas’ dengan pengiktirafan Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS). Alhamdulillah kerana sambutan hangat yang diterima setiap kali kami beroperasi sejak penubuhannya. Bukan itu sahaja, gambar pengunjung FatPapas sedang menikmati makanan yang kami sediakan dimuatnaik ke media sosial lalu dikongsi dan dilihat oleh para netizen sehingg amenjadi tular.

Photo by Andy Kho

Fokus saya pada mulanya adalah untuk memastikan makanan yang kami sediakan seakan-akan seperti di FatBoy’s tetapi versi Halal, dan saya juga pastikan sendiri setiap bahan yang digunakan seperti garam dan sos mestilah diiktiraf Halal sebelum ia dibenarkan memasuki premis kami, dan hasilnya adalah burger Halal dengan rasa yang menakjubkan serta disediakan dengan sepenuh hati bagi memastikan kepuasan pelanggan Muslim serta bukan Muslim kami.

Photo by Andy Kho

Dari permulaan yang sangat sederhana dengan hanya sebuah cawangan, kini ia telah berkembang ke dua buah cawangan lagi, satu di Katong dan satu di Northpoint dan InSha Allah satu lagi akan dibuka di Waterway Point Mei ini,” ujar Sheikh Haikel lagi.

Bercerita mengenai pengalaman pertama Sheikh Haikel merasai ‘Country Fried Steak’ yang merupakan penyebab bagaimana ini semua terjadi dan mahu semua orang mencubanya, “Bayangkanlah daging stik seberat 180 gm berkualiti tinggi, diketuk sehingga nipis sempurna lalu diselaputi habuk roti yang empuk digoreng serata sehingga keemasan dan dicurahkan pula dengan sos béchamel, memang sangat menakjubkan!

Di FatPapas,kami menyediakan pelbagai jenis burger bagi memenuhi selera pelangga yang berlainan. Kami juga turut menyediakan menu istimewa lain seperti BBQ Beef Ribs, Honey Mustard Chicken Kebab, Salted Egg Crab Pasta dan paling istimewa FatPapas Hotdog yang diberi nama ‘The Stiffee Foot-Long’.

Selain itu,kami juga turut menyediakan ‘Secret Menu’ di mana jika anda bertuah, anda dapat merasai pesanan rahsia kami yang dipanggil ‘The Sheikh Haikel Burger’ – diinspirasikan daripada Country Fried Stake yang merupakan permulaan bagi segalanya. Pelanggan juga boleh menjadi lebih kreatif dengan ‘Build Your Own Burger’ di mana anda sendiri dapat menentukan roti jenis apa yang anda mahukan dengan pilihan yang pelbagai – dari pemilihan daging (lembu, kambing, ayam rangup) ke jenis-jenis sos yang berlainan (truffle mayo,smoked chipotle or salted egg) bagi memenuhi kehendak selera masing-masing.

Seterusnya, apalah burger tanpa minuman ‘milkshake’ atau susu kocak yang menyelerakan, di FatPapas banyak perisa yang ditawarkan untuk setiap pelanggan,” tambahnya lagi.

Jangan lupa mencuba Gula Melaka Milkshake mereka yang unik dan menyegarkan!

Bercerita lanjut mengenai konsep restoran dan apa sebenarnya FatPapaps, Sheikh Haikel mengulas,“Kalau di Singapura, kami telah berkolaborasi dengan artis grafiti tempatan yang merupakan pencipta logo utama FatPapas dan untuk cawangan pertama kami di Kuala Lumpur, kami telah menjemput artis grafiti dan pelukis profesional Malaysia bernama Katun yang merupakan pakar dalam penghasilan karakter-karakter berteraskan buku komik dan hasilnya menakjubkan. Selain itu, pakaian seragam para staf dan cenderamata yang boleh dibeli jika berkunjung di restoran kami adalah hasil kolaborasi dengan jenama Eastside Barrio.

Apa yang boleh saya ungkapkan di sini adalah FatPapas merupakan tempat di mana para penggiat industri hiburan dapat berkumpul dalam situasi yang tidak perlu berpura-pura dan bersama-sama menikmati juadah enak yang disediakan,”ujarnya menutup kata.

Jadi kalau anda peminat daging stik dan burger singgahlah ke FatPapa’s.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!