73293

Burger Korea Pedas Terbaru di McDonald's - Suria FM - Segalanya Hiburan

spicy-korean-burger

Nikmati cita rasa Korea dengan kempen ‘Discover the World’ McDonald’s Malaysia yang kembali tahun ini dengan pelancaran Burger Korea Pedas. Ditawarkan di seluruh negara dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2017,tawaran tempoh terhad iaitu Burger Korea Pedas ini merupakan produk pertama dalam rangkaian tiga burger yang menjanjikan rasa istimewa dari negara-negara terpilih di seluruh dunia yang dibawa ke restoran McDonald’s di seluruh Malaysia.

Diinspirasikan dari minat mendalam rakyat Malaysia untuk apa sahaja dari Korea, burger ini akan memberi pelanggan peluang menikmati rasa berapi-api dan “drama” sos Korea pedas, rasa kimchi pada daging lembu yang digril, serta sayuran segar diapit di antara ban panas yang istimewa.

spicykoreanburger_key-visual

“Susulan kepada kejayaan burger-burger edisi khas kami yang diperkenalkan menerusi kempen ‘Discover the World’ tahun lepas, kami amat berbesar hati untuk berkongsi satu lagi produk lazat yang diinspirasikan daripada cita rasa dan budaya masyarakat di mana McDonald’s beroperasi di seluruh dunia,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

“Kami mengharapkan para pelanggan akan menikmati rasa kimchi Korea yang unik yang hanya boleh didapati dalam tempoh terhad ini. Pada tahun lepas, kami mendapat sambutan yang hebat apabila kami memperkenalkan Burger Rio, Burger Syok dan Hawaiian Deluxe. Sememangnya, pelanggan McDonald’s merupakan peminat tegar produk edisi khas kami yang menampilkan cita rasa antarabangsa. Kempen ‘Discover the World’ membolehkan kami berkongsi rasa dan menu-menu menarik dari serata dunia dengan pelanggan-pelanggan kami di Malaysia,” tambah Azmir.

Sama seperti setiap menu baharu dan menu yang sedia ada, McDonald’s mengutamakan penyediaan makanannya di setiap peringkat – dari ladang ke pembekal, ke dapur restoran dan seterusnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan setakat merangkumi rasa yang lazat sahaja, tetapi para pelanggan turut diberi jaminan tentang bahan makanan yang berkualiti dan segar, yang mematuhi piawaian Halal serta tahap kebersihan makanan yang tinggi.

spicy-korean-burger-meal-set

Burger Korea Pedas boleh didapati pada harga RM12.99 bagi hidangan ala carte dan RM15.99 bagi set saiz biasa, yang terdiri daripada ‘Burger Korea Pedas ’ kentang goreng Criss Cut dan Frozen Fanta.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kempen ‘Discover the World’ ’ McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.

Untuk lebih banyak info tentang selera dan makanan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!