73353

Butter Beer dan Kepak Ayam Madu Marmite di The Mad Sailors - Suria FM - Segalanya Hiburan

20171013_174820

Baru-baru ini Suria berkesempatan berkunjung ke Singapura untuk menghadiri acara Anugerah Planet Muzik. Pada masa yang sama, kami juga sempat mencuba sajian beberapa restoran unik di Singapura yang menghidangkan menu halal.

20171013_174951

Seperti yang diketahui umum, tidak semua restoran di Singapura menyajikan hidangan halal, jadi ramai juga pengunjung Muslim harus mencari tempat-tempat makan yang sesuai untuk memenuhi kehendak selera masing-masing.

20171013_174540

Selain itu, ramai yang sering menganggap restoran halal di Singapura pasti menghidangkan nasi atau makanan berunsur Melayu, Arab atau India sahaja. Itu satu stereotaip yang salah, kerana sebenarnya terdapat banyak restoran halal di Singapura yang menyajikan pelbagai menu unik yang bernuansa barat.

20171013_184523

Salah satu restoran halal yang menarik perhatian kami adalah The Mad Sailors. Terletak di Haji Lane di kawasan Arab Street yang sememangnya tersohor dengan ajnas restoran, kafe serta tempat makan, The Mad Sailors tampil dengan menunya yang unik selain daripada senireka dalamannya yang mudah dan klasik.

20171013_184509

20171013_174927

20171013_174914

Diilhamkan daripada makanan orang Inggeris secara umum, The Mad Sailors menawarkan hidangan halal ala British di Singapura dan merupakan idea pemiliknya, Hayley Ridgewell yang juga berasal daripada United Kingdom.

 

20171013_180121

Terdapat beberapa sajian yang menarik perhatian kami dan ini dimulakan dengan minuman yang diinspirasikan daripada filem Harry Potter iaitu ‘ House Butter Beer’ versi Mad Sailors. Bir tanpa alkohol yang mirip Rut Bir ini berasa manis dan sangat menyegarkan serta sesuai dijadikan minuman sampingan. Selain itu, ada aneka jus berupa Firefly Juice Tonics dengan perasa Teh Hijau dan Pic atau Limau Gedang (Grapefruit) dan Buah Markisa (serta banyak lagi).

20171013_180024

20171013_175922

Sebagai hidangan pembuka pula kami menyukai kepak ayam madu dengan Marmite yang benar-benar membangkitkan selera (tak’kan puas dengan satu hidangan sahaja).

20171013_180329

Selain itu, boleh juga mencuba Crikey Crab yang merupakan ketam dalam adunan tepung dengan sos pencecah khas Mad Sailors.

20171013_184627

Untuk hidangan utama pula kami sarankan pasta yang bernama Bee’s Knees berupa pasta Linguine dengan daging lembu lazat berserta tomato kecil. Perlu diingatkan bahawa saiz hidangan di The Mad Sailors juga agak besar jadi kalau tak mampu untuk menghabiskan makanan, bolehlah berkongsi supaya tidak membazir.

20171013_180618

Buat pencinta ikan atau hidangan Fish and Chips tradisional, cubalah COD yang datang dalam bentuk ikan kod yang digoreng dengan lembut dan lazat.

20171013_181610

Mereka juga ada burger ayam istimewa yang diberi nama Goodness Gracious Me. Ia diilhamkan dari siri TV komedi British berkisar kehidupan komuniti Asia Selatan di UK. Jadi ramuan yang digunakan juga agak dekat dengan negara-negara Asia Selatan. Burger ini menggunakan daging ayam berserta sos tairu dan tikka masala dengan hirisan bawang merah dan juga tomato di samping kentang goreng.

20171013_181604

Dan untuk pencuci mulut, ada banyak pilihan menarik. Bagi anda penggemar coklat sejati cuba rasa Fried Mars Bars with Ice Cream iaitu ketulan coklat Mars yang digoreng dan dihidangkan bersama aiskrim.

20171013_17585620171013_190255

Tapi ingat, ini hanya beberapa sahaja hidangan pilihan Suria daripada menu tersebut. The Mad Sailors ada banyak lagi makanan yang lazat di restoran mereka. Jadi kalau ke Singapura, pastikan anda singgah ke sini untuk mencuba sendiri hidangan yang ada!

Suria mengucapkan terima kasih kepada warga kerja The Mad Sailors yang telah sudi melayan kami sewaktu kami berkunjung ke sana.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!