73203

Cantik Tanpa Pembedahan - Suria FM - Segalanya Hiburan

dsc_3755

Zaman sekarang ramai juga yang memilih untuk menggunakan pelbagai teknik drastik demi tampil cantik dan menawan. Malah, ini bukan terhad kepada kaum wanita sahaja, malah orang lelaki juga sudah mula prihatin tentang paras wajah dan keterampilan.

dsc_4035

Jika sebelum ini kita sering dikejutkan dengan teknik menggunakan suntikan Botox dan pembedahan, kini ada pula teknologi baru yang mampu menegangkan kulit tanpa semua itu. Penemuan ini merupakan satu teknologi baru dalam dunia kecantikan yang menggunakan teknik penegangan kulit untuk muka dan juga pembentukan badan.

Baru-baru ini bersempena dengan ulangtahun ke-10 Accent Alma Lasers, suatu acara khas telah diadakan di hotel Aloft Kuala Lumpur untuk memperkenalkan teknologi baru tersebut. Produk pengkonturan tubuh Almas Lasers: Accent Prime merupakan satu inovasi yang sangat menakjubkan dalam dunia rawatan kecantikan.

Dengan menggabungkan inovasi terkini dalam ultrabunyi dan teknologi frekuensi radio (RF), alat ini mampu menghasilkan rawatan yang sangat efektif dan menjamin pengkonturan muka dan badan yang cantik.

dsc_3955

Beberapa selebriti tempatan turut hadir di acara tersebut untuk menyaksikan kehebatan alat ini. Antara yang hadir termasuklah Jihan Muse, Daffi Ismail Sabri, Maya Matahari, Fazli Zainal, dan Isma AF.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!