91295

Cantiknya Gaun Petang & Kostum Kebangsaan Miss Malaysia Universe 2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini telah berlangsung satu sidang media untuk memperkenalkan gaun petang dan kostum kebangsaan yang akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2018 untuk pertandingan Miss Universe 2018.

Jane Teoh yang merupakan wakil Malaysia untuk tahun ini akan memakai gaun petang rekaan pereka fesyen Amaze Atelier. Uniknya gaun diinspirasikan dari Jambatan Seri Wawasan Putrajaya.

Terdapat lebih dari 300 ribu butiran manikam, jemeki dan sekuin serta permata perak pelbagai saiz yang dijahit di atas fabrik renda untuk menyerlahkan lagi kemewahan gaun petang yang  seberat  8 kilogram.

View this post on Instagram

Ya! Sepenuhnya jemeki2 ini di jahit tangan satu demi satu. . . Variasi lebih 300,000 butiran manikam, jemeki, sekuin dan permata perak pelbagai saiz diolah atas permainan sulaman renda. Teknik 'tambour beading' yang mengambil masa selama 3 bulan untuk bahagian panel hadapan sahaja digunakan demi menghargai kehalusan kerja sulaman tangan para artisan di Amazé. . . Benar, siluetnya bersahaja, namun dengan penuh kecintaan, kami zahirkan kemahiran kami pada gaun ini. Kami di Amazé gemarkan perincian yang halus teliti, biarpun ramai yang mungkin tidak menghargai. . . Bukan mudah untuk menyiapkan gaun yang seberat 8 kilogram ini. Apatah lagi menyarungnya. Mujur Amazé dikurniakan pasukan yang ikhlas dan tulus bekerja. Amazé loves you. You know who you are. ❤ . . . #AMAZÉ #beboldinAmazé #leaveordinarytoothers #bukanbusanabiasa #biarbusanaberbicara #amazeatelier #amazeisamazing #etherealbeauty #fitforaqueen #onlyinamaze #loveyourwork #workwithlove #fullpassion #workwithlove #fullpassion #amazebrides #amazeweddings #handmadebeadswork #wedding #solemnization #reception #bridesmaids #weddingmalaysia #weddingdresses #malaysiawedding #singaporewedding #bruneiwedding #bridal #fashion2018 #fashion2019

A post shared by AMAZÉ Pronounced “a:ma:zei” (@amaze_atelier) on

Untuk kostum kebangsaan pula, pereka fesyen Salleh Hamid diberi tanggungjawab untuk merealisasikan fantasi srikandi  yang diinspirasikan dari Perahu Bangau. Tiga warna digunakan iaitu merah, biru dan kuning mewakili warna bendera kebangsaan.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Amaze Atelier dan Salleh Hamid kerana berjaya mereka dua rekaan yang mendapat pujian ramai. Kepada Jane, semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas Miss Universe di Bangkok nanti.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!