96456

Cara Memakai ‘Face Mask’ Dengan Betul Mengikut Standard ‘WHO’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Wabak misteri, Coronavirus yang sedang merebak ke seluruh dunia kini semakin membimbangkan. Apatah lagi, empat pelancong China yang datang ke Malaysia disahkan positif wabak tersebut.

Wabak ini boleh merebak melalui batuk, selsema dan juga sentuhan. Jadi, orang ramai dinasihatkan untuk memakai topeng muka tiap kali keluar dari rumah. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bagaimana pemakaian topeng muka yang betul.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Bloomberg di laman Facebook QuickTake by Bloomberg, seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong tampil memberitahu cara yang betul untuk memakai ‘face mask’ ataupun topeng muka.

Melalui video tersebut, Wing Hong mendemonstrasikan cara pemakaian tersebut dengan beberapa langkah penting yang perlu diambil.

Coronavirus: How To Wear A Mask, According To WHO Expert

Wearing a face mask does help if you do it properly.Seto Wing Hong of Hong Kong University demonstrates the correct way to wear a face mask amid the coronavirus outbreak.

Posted by Bloomberg QuickTake on Friday, January 24, 2020

Ini langkah-langkah yang telah dikongsikan doktor tersebut;

1. Anda mestilah mempunyai topeng muka yang betul. (Sambil menunjukkan topeng yang ada di tangannya sebagai topeng yang betul)

“Ia berwarna biru di luar kerana ia kalis air. Dan ia mempunyai bahagian berwarna putih yang menyerap. Jadi jika saya batuk, ia akan menyerap,” katanya.

2. Kemudian, anda perlu memakainya begini. Dengan bahagian yang berwarna biru di hadapan dan bahagian berwarna putih berada di dalam (menghadap mulut).

3. Pastikan ‘strip’ di bahagian paling atas menutup bahagian hidung dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu. Ini katanya adalah bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang menggunakannya.

4. Membuang face mask yang telah dipakai juga adalah sangat penting menurutnya.

“Bila anda memakai topeng, anda harus ingat ia adalah kotor. Jadi bila anda ingin mengalihkan atau membuangnya, jangan sentuh topeng tersebut,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan penonton agar membasuh tangan selepas membuang face mask yang telah dipakai.

Buka itu sahaja, laman Facebook Public Health Malaysia turut berkongsi langkah-langkah pemakaian  face mask yang betul.

Topeng muka yang berkesan untuk mencegah penyakit bawaan titisan pernafasan adalah jenis 3ply/ surgical mask.Ia…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 23 January 2020

 

Kredit artikel dan gambar: The Vocket & VitDaily.com

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!