86621

Cipta Kenangan di Bangkok Marriott Marquis - Suria FM - Segalanya Hiburan

Diilhamkan melalui sejarah Ratu Thailand yang menyatakan “warisan budaya Thailand harus berada di dalam masyarakatnya”, Bangkok Marriott Marquis Queen’s Park menggabungkan keunikan budaya Thai yang penuh legenda dan sejarah dengan falsafah “Travel Brilliantly” atau mengembara dengan bijak amat sesuai dengan rangkaian jenama Marriott. Para tamu akan dapat melihat kesenian dan sejarah Thai itu sendiri melalui pakaian pekerja hotel, muzik, makanan, suasana dan senireka dalaman yang menemukan tradisi Thai dan pengaruh moden.

Terletak di sepanjang Jalan Sukhumvit di pusat bandar Bangkok, dikelilingi oleh kawasan membeli-belah, perniagaan dan hiburan yang paling meriah di bandar, Marriott Marquis Queen’s Park menawarkan 1,388 bilik dan suite. Kemudahan ruang mesyuarat, acara perkahwinan mahupun makan malam dan jamuan yang luas, ia dapat memenuhi pelbagai mesyuarat dan acara yang melibatkan lebih daripada 1,000 orang, dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Berhampiran dengan Stesen BTS Skytrain Phrom Phong, serta pusat membeli-belah di EM District, memberikan akses mudah ke beberapa kawasan popular yang paling banyak dilawati . Sama ada anda melawat untuk perniagaan atau percutian, Bangkok Marriott Marquis Queen’s PArk akan memastikan anda sentiasa selesa.

Menariknya hotel ni menyenaraikan beberapa  restoran dan bar untuk para tetamu. Antaranya Goji Kitchen, Siam Tea Room, Soba Factory, Pagoda Chinese Restaurant, Reataurant Akira Back, Abar, ABar Rofftop.

Suria sempat menikmati sarapan pagi di Goji Kitchen yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang segar, semulajadi dan pastinya enak. Kami amat tertarik dengan jus Beri Goji yang disediakan secara terus dan boleh dinikmati dengan minuman tenusu yang lain. Khasiat Beri Goji ini adalah bagi pembakaran lemak, penurunan berat badan, mendapat tidur yang lena, memberikan mood yang baik di waktu pagi, mengurangkan tahap gula, mencantikkan kulit, mengurangkan tahap kolestrol dan banyak lagi.

Jumlah bilik yang disediakan di hotel ini adalah sebanyak 1360 bilik, memiliki 37 tingkat dan terletak di antara menara Utara dan Selatan hotel. Pengunjung boleh memilih pelbagai ruang bilik mengikut keselesaan kerana ia didatangi dalam 8 variasi bilik antaranya ialah The Sky Suite, Grand Marquis Suite, Garden Suite, Family Suite, M Suite, M Club Room, Deluxe Parkview Room dan Deluxe Room. Ternyata kemudahan yang disediakan cukup menarik dan selesa, dan anda juga diberi pellbagai jenis saluran TV negara-negara Asia Tenggara, perkhidmatan memesan makanan di dalam bilik selama 24jam,mini bar dan Wi-Fi-Internet yang sangat laju dan boleh menggunakan lebih dari tiga peranti dalam satu masa. Rekaan biliknya juga masih mengekalkan ciri-ciri warisan budaya Thailand dimana ia dapat dilihat melalui ukiran kayu, lukisan dan susun atur dalam bilik hotel.

Kedudukan hotel yang strategik memudahkan para pelancong yang pertama kali sampai di Bangkok, ia hanya 33km dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan hanya 25km dari Lapangan Terbang Don Muang. Anda juga tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan kenderaan awam kerana ia dekat dengan stesen keretapi kota BTS dan MRT.

Untuk keterangan lanjut layari laman sesawang Marriott Hotel dan ikuti mereka di facebook.com/marriott dan twitter.com/marriott

sumbangan : Afdal Shahizad

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!