87232

Citarasa Ramadan di Dorsett Grand Subang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ramadan masih belum berakhir dan masih banyak promosi buffet bulan puasa yang berlangsung di banyak hotel serta restoran sekitar Lembah Kelang. Tidak ketinggalan adalah hotel Dorsett Grand Subang  yang menawarkan ajnas hidangan menarik dalam menu Citarasa Ramadan mereka di Terraza Brasserie, selain pengalaman menjamu selera eksklusif buat tetamu di Melati Room tingkat satu, dengan suasana nostalgia ala kampung.

Nikmati sajian tempatan seperti Kambing Panggang Briyani Gam serta pelbagai lauk ikan dan juga sup ‘Gearbox’ kegemaran ramai.

Untuk pemanis mulut, cuba rasa aiskrim Turki dalam empat perasa enak termasuk rasa Durian D24. Turut disajikan adalah kurma , teh tarik, kuih muih dan banyak lagi.

Terdapat juga persembahan muzik tradisional oleh kumpulan Sri Kenchana Ghazal setiap malam di Melati Room, tingkat satu.

Harga untuk setiap seorang dewasa adalah RM165, manakala untuk kanak-kanak dan warga emas pula adalah  RM83 dan RM132 buat hidangan di Terazza Brasserie. Untuk sajian di Melati Room pula harga adalah RM155 buat dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak manakala RM124 buat warga emas.

Untuk maklumat lanjut hubungi +603 5031 6060 atau e-mel: bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!