73305

Citarasa Sunda Asli di Bumbu Cabe - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-50-pm-5

Sememangnya, Malaysia semakin banyak dibanjiri dengan restoran-restoran yang menyajikan masakan negara jiran kita, iaitu Indonesia. Dari masakan Padang sehinggalah makanan orang Jawa, semuanya sering kita lihat di seluruh negara.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-52-pm-1

Namun untuk mencari makanan dengan rasa Sunda asli memang susah. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang Sunda merupakan komuniti yang berpusat di Bandung dan kawasan sekitarnya. Berbeza dengan orang Jawa dan Sumatera di Indonesia, masakan orang Sunda juga mempunyai keunikan tersendiri seperti bahasanya.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-51-pm-1

Dan untuk menikmati citarasa Sunda sebenar di Malaysia, Restoran Bumbu Cabe menerajui arena ini. Bermula di Kuching Sarawak, Bumbu Cabe sebenarnya merupakan cetusan idea Abang Iskandar Zamren Basrull. Beliau dan keluarganya memang sering berkunjung ke Bandung dan sangat meminati makanan penduduk kota itu. Dari situ dia mengambil langkah untuk membuka restoran dengan masakan Indonesia.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-51-pm

Di Kuching sahaja keluarganya telah membuka dua buah cawangan restoran Bumbu Cabe dan juga sebuah restoran yang menawarkan masakan Padang. Kini Bumbu Cabe menyeberangi Laut China Selatan dari Kuching dan membuka cawangan pertamanya di Lembah Kelang yang terletak di pusat komersial Glo Damansara.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-28-50-pm

Sebaik sahaja melangkah masuk ke Bumbu Cabe yang terletak di tingkat satu di unit G20/21, tamu yang mengunjungi akan terus merasai suasana seperti di Indonesia. Alunan muzik tradisional Sunda bermain di latar belakang dan seni reka dalaman restoran ini diserikan dengan beberapa perhiasan tradisional yang sering dilihat di restoran-restoran Sunda di Indonesia.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-51-pm-3

Dari pakaian seragam para pekerja sehinggalah alas meja dan perabot, semuanya persis rumah makan di Bandung. Malah, Bumbu Cabe juga mempunyai beberapa sudut dengan ‘gerai-gerai kecil’ seperti di Bandung yang digunakan untuk menyediakan beberapa jenis minuman dan sajian khas. Premis ini turut menyediakan ‘Kamar Solat’ atau suraunya sendiri buat yang beragama Islam.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-52-pm

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-50-pm-4

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-49-pm-1

Namun yang paling menjadi perhatian sudah tentulah menu yang disajikan. Dan antara hidangan yang harus dicuba termasuklah Ayam Bakar Masak Kicap dan juga Bebek Bakar (atau Itik Bakar dalam bahasa Melayu). Daging ayam dan itik yang dibakar menggunakan teknik bakar asap kayu ini menghasilkan satu rasa lazat dan berbeza dengan masakan Melayu tradisional. Apatah lagi dengan sos kicap ala Sunda yang ada gabungan rasa manis dan pedas.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-50-pm-2

 

 

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-49-pm-3

Malah sambal pencecah yang dihidangkan di samping lauk-pauk tradisional Sunda di sini sangat lazat dan unik. Ada yang menggunakan buah Epal dan aneka sayuran serta buah-buah lain seperti tomato dan seumpamanya.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-49-pm

Hidangan salah satu nasi khas Sunda yang dipanggil Nasi Liwet turut menjadi antara tarikan Bumbu Cabe yang dihidang dengan ajnas lauk-pauk. Selain tempe, sambal cili merah dan cili padi, ia juga dapat dijamah dengan ulam-ulaman seperti potongan timun , kacang panjang, dan juga hirisan kobis.

 

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-49-pm-4

Tidak dilupakan adalah kerangupan Ikan Tilapia Terbang yang merupakan ikan sungai yang digoreng rangup sehingga bentuk siripnya persis sayap yang akan terbang. Dan walaupun ikannya berasal dari sungai, ia sama sekali tidak berbau, malah lazat dan menyelerakan.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-50-pm-1

Ada juga hidangan sampingan berupa ikan-ikan masin kecil yang digoreng garing dan disalut dengan rasa manis. Selain boleh diratah begitu sahaja, ia juga boleh disajikan dengan nasi panas. Jangan lupa juga untuk mencuba Terung Balado atau Sambal Terung Berlada mereka yang memang menyelerakan! Masih ada banyak lagi sajian lain seperti Dendeng, Iga bakar, Siomay dan macam-macam lagi yang harus dicuba. Dan kesemuanya dihasilkan oleh tukang masak asli dari Bandung sendiri.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-50-pm

Untuk minuman dan pencuci mulut, ada juga Es Campur (seperti ais kacang) dan juga aneka minuman buah-buahan lain seperti Jus Alpukat (Jus Avokado dalam bahasa Melayu) dan banyak lagi minuman menyegarkan.

 

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-48-pm

Menurut anak kepada pemilik restoran Bumbu Cabe, Abang Izzan Izzaniq bin Abang Iskandar, mereka amat menitikberatkan kualiti makanan yang dihidang. Oleh kerana itu, mereka sanggup membawa tenaga kerja dari Indonesia untuk menghasilkan sajian berasa tradisional persis di Bandung Indonesia.

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-25-51-pm-2

Kami di Suria yakin sebaik sahaja tamu menyuap hidangan Bumbu Cabe ke dalam mulut, pasti akan menyukai rasa yang tercetus dari ramuan-ramuan tradisional ini. Jadi kalau ingin merasa hidangan asli masakan orang Sunda, tidak perlulah jauh-jauh ke Bandung lagi. Singgah sahaja ke restoran Bumbu Cabe di Glo Damansara. Kami yakin kesemua deria rasa lidah anda akan berpuas hati di sini!

whatsapp-image-2017-08-22-at-12-28-50-pm-1

Untuk lebih banyak ulasan perihal selera dan tempat-tempat makan menarik, klik di sini. 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!