114857

CUCKOO International Perkenal Inovasi Terkini dan Duta Jenama, Budayakan Kesihatan di Rumah - Suria FM - Segalanya Hiburan
  • Barisan produk baharu menawarkan cara lebih bijak, holistik dan mudah untuk menerapkan kesihatan ke dalam isi rumah di Malaysia
  • Lee MinHo yang berbakat tinggi menyertai Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai Duta CUCKOO

 

Kuala Lumpur, 31 Mac 2022 — Dalam dua tahun kebelakangan ini, ramai terpaksa menghabiskan lebih masa di rumah dan menyesuaikan diri dengan rutin harian yang berbeza seiring ‘norma baharu’ ini. Jadi, rumah kita bukan lagi semata-mata ruang untuk kita tinggal, bekerja dan berehat, tetapi juga asas untuk kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

 

Meneruskan momentum sebagai Healthy Home Creator (Jenama Pencipta Rumah Sihat) untuk rakyat Malaysia, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) telah memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif, termasuk penapis air ‘flagship’ serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama. Di samping itu, CUCKOO International telah melantik artis Korea Selatan yang terkemuka, Lee MinHo, sebagai Duta Jenama baharunya, yang akan berganding tangan dengan duta Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bagi mewakili CUCKOO dan #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

 

“Segalanya bermula dengan secawan air minum yang bersih. Hari ini, CUCKOO International telah berkembang menjadi satu jenama isi rumah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan sihat pelanggan kami. Tatkala tabiat harian dan persekitaran kita berubah, harapan terhadap kesihatan dan kualiti hidup lebih baik tentu akan meningkat.

 

“Pengumuman hari ini menyerlahkan semangat Beyond Standards kami untuk memenuhi harapan tinggi dan menyediakan tawaran luar biasa kepada rakyat Malaysia. Menerusi inovasi dan kerjasama berterusan kami dengan personaliti legenda ternama, kami merintis jalan untuk mengangkat CUCKOO International sebagai Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Encik KC Hoe (Hoe Kian Choon).

 

Inovasi Beyond Standards untuk Mewujudkan Kediaman Yang Lebih Sihat

CUCKOO International memacu fokusnya pada kediaman yang sihat menerusi empat tonggak tawaran holistik. Kemajuan terkini dalam empat tonggak Healthy Home tersebut membolehkan pelanggan menerapkan kesihatan ke dalam rumah secara lebih mudah dan bijak.

 

  • Tonggak ‘Healthy Appliances’(Peralatan Rumah) dengan CUCKOO – Selama bertahun-tahun, CUCKOO International telah mengembangkan rangkaian ciptaan berteknologi canggih, daripada penulen air ikonik dan penapis air untuk luar kediaman, sehinggalah penulen udara, periuk serbaguna, dan peralatan dapur menerusi jenama CUCKOO. Bagi memperluaskan lagi tawaran peralatan sihat Beyond Standards, syarikat ini telah melancarkan model ‘flagship’ serba baharu, Penapis Air Beralkali Ringan Bebas Tangki CUCKOO TITAN. Ia memaparkan teknologi paten CUCKOO yang membolehkan Penapis Air CUCKOO TITAN mengeluarkan air panas 100°C secara serta merta. Selain daripada itu, penapis air berinovatif ini juga mampu mengeluarkan air pensterilan yang dapat menghapuskan 99.9%* kuman dan racun perosak semasa/apabila digunakan untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia juga dilengkapi dengan sistem pensterilan “IN & OUT” automatik untuk menjamin kebersihan penapis air serta airnya sepanjang masa. 

 

Rangkaian generasi baharunya turut dikembangkan lagi dengan Penapis Air Beralkali Ringan CUCKOO WARRIOR, iaitu penapis air mekanikal pertama dengan fungsi pensterilan faucet, yang dapat menyingkirkan kuman dan menghalang pencemaran sekunder secara berkesan apabila air mengalir melalui saluran keluarnya. 

 

  • Tonggak Healthy Living (Kehidupan Sihat) dengan CUCKOO Co-Creations – Menerusi kerjasama strategik, CUCKOO International giat mengembangkan rangkaian ciptaan bersama bagi menaik taraf kehidupan di rumah. Terbaharu, syarikat ini telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pengeluar penghawa dingin tempatan, Fujiaire untuk melancarkan Penyaman Udara Pintar CUCKOO Vita-S Inverter. Ciptaan canggih ini boleh didapati mulai April 2022, dan didatangkan dengan sistem penapisan yang dapat memusnahkan bakteria secara berkesan, di samping membebaskan Vitamin C ke udara bagi melindungi kulit dan imuniti keseluruhan.

 

Bagi membudayakan tidur berkualiti demi kesihatan yang baik, Tilam CUCKOO A-Series kini tersedia dalam saiz super single bagi meningkatkan ruang untuk lebih keselesaan tanpa mengorbankan lebih ruang atau bajet. Rangkaian berkualiti tinggi ini adalah hasil kerjasama antara CUCKOO International dan pengeluar tilam lateks natural terbesar di Malaysia, LSK Napure®.

 

  • Tonggak ‘Healthy Lifestyle’ (Penjagaan Kecantikan) dengan WonderLab Group – Pada Disember 2021, CUCKOO International mengasaskan WonderLab Group, cabang korporat strategiknya untuk memacu pendekatan lebih holistik dengan menyatukan kecantikan dan kesihatan. Kumpulan ini yang menerajui jenama WonderLab, WonderDewi dan BeauSiti x WonderLab, menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat yang luas.

 

WonderLab dengan rangkaian produk penjagaan kulit pra-penuaan Bel-aek Ageless terbukti dapat membantu dalam menentang isu pra-penuaan. Rangkaian produk ini dirumus dengan teknologi Korea terkini, dinamakan Trio Black Complex, menggabungkan kebaikan beras hitam, bijan hitam dan kacang hitam. Pada majlis pelancaran, WonderLab juga menambah dua lagi produk baharu dalam rangkaian produk ini iaitu Bel-aek Ageless Eye Cream dan Bel-aek Sleeping Mask, yang dipertingkatkan dengan ginseng hitam sebagai ramuan mujarab untuk memelihara kulit awet muda.

 

Selain itu, peminat WonderDewi pasti akan teruja dengan pengenalan WonderDewi-C Minuman Jus Buah Campuran Kurma dan Nanas, sebagai tambahan perisa baharu kepada rangkaian jus berkhasiatnya yang lazat.

 

  • Tonggak ‘Healthy Home Care’ (Penjagaan Rumah) dengan WonderKlean – Seiring kemuncak pandemik, CUCKOO International berazam mengaktifkan pembasmian kuman untuk melindungi kakitangan perkhidmatannya. Idea ini seterusnya berkembang menjadi tawaran perkhidmatan yang pertama seumpamanya untuk pelanggan setianya menerusi WonderKlean. Dilancarkan pada Mei 2020, WonderKlean menyediakan servis penjagaan dan pembersihan kediaman profesional yang komprehensif, termasuk pembasmian kuman dalaman, serta perkhidmatan pembersihan untuk mesin basuh, peralatan dapur, penghawa dingin dan tilam. Disokong oleh lebih 2,000 pakar terlatih, CUCKOO International akan terus mengembangkan rangkaian perkhidmatan dan kepakaran WonderKlean.

 

Membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan bahagia 

CUCKOO International membangkitkan lagi kemeriahan pelancaran barisan produk baharu ini dengan memperkenalkan Lee MinHo sebagai wajah baharu jenama CUCKOO, di samping mengekalkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai dutanya. Kedua-dua personaliti ini mempamerkan pencapaian yang gemilang, bakat yang tinggi, serta usaha konsisten untuk mengejar kecemerlangan dalam segala yang dilakukan – tidak kira sebagi penghibur, pelakon, usahawan, suri teladan, mahupun dermawan.

 

“Lee MinHo dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza benar-benar menzahirkan falsafah Beyond Standards CUCKOO. Imej, tenaga dan semangat mereka amat sepadan dengan imej jenama kami yang sihat. Kami sangat teruja untuk memanfaatkan pengaruh positif mereka untuk mendampingi pelanggan kami serta mencapai lebih ramai rakyat Malaysia,” tambah KC Hoe (Hoe Kian Choon).

 

Siri pengumuman ini muncul susulan prestasi kewangan syarikat yang kukuh pada 2021 walaupun menghadapi persekitaran yang mencabar. Sejak penubuhannya pada 2014, CUCKOO International berjaya mengekalkan pertumbuhan kukuh untuk tujuh tahun berturut-turut dengan rekod hasil melebihi RM1.13 bilion pada tahun lepas. Selain dedikasinya terhadap inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan, kejayaannya sebahagian besar dipacu oleh model perniagaan berasaskan langganan yang fleksibel. 

 

GOOODPlan™ merupakan teras penting untuk memastikan produk dan perkhidmatan CUCKOO International mampu diakses dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Pelan bayaran yang unik, termasuk servis rutin dan waranti percuma, mewujudkan halangan lebih rendah untuk masuk bagi peralatan yang biasanya dianggap mahal untuk kebanyakan keluarga.

 

Rahsia pelaksanaan strategik dan kejayaan model sedemikian telah dirakamkan dalam buku, “Rent-Subscription Business Model” yang dikarang oleh KC Hoe (Hoe Kian Choon). Tersedia dalam bahasa Mandarin, buku ini meletakan CUCKOO International sebagai kajian kes untuk memberi inspirasi kepada pemilik perniagaan serta perusahaan kecil hingga sederhana yang ingin mengubah perniagaan mereka dengan pendapatan yang berterusan dan berulang. 

 

KC Hoe (Hoe Kian Choon) berkata, “Semua perkara baik wajar dikongsi. Sejak permulaan kami yang sederhana, kami telah menyatukan amalan, disiplin dan pelajaran penting yang menjadikan CUCKOO satu jenama yang diyakini lebih 4.7 juta pengguna isi rumah di Malaysia hari ini. Kami ingin berkongsi ilmu pengetahuan ini untuk memperkayakan orang lain, kerana saya teruja untuk melihat rakan-rakan perniagaan Malaysia berjaya, khususnya ketika ekonomi sedang beransur pulih.” 

 

  ###

 

Tentang CUCKOO International

CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) merupakan Healthy Home Creator (Jenama Pencipta Rumah Sihat) terkemuka yang menyediakan penyelesaian Healthy Home yang holistik bagi rakyat Malaysia. Kami sentiasa berpegang kepada falsafah Beyond Standards dalam portfolio produk dan perkhidmatan inovatif kami untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

 

Perjalanan kami bermula pada Oktober 2014 dengan pengenalan CUCKOO, iaitu jenama perkakas rumah yang terkenal dari Korea Selatan, di Malaysia. Sejak itu, kami telah mengembangkan spektrum jenama dan tawaran teras kami merentasi empat tonggak Healthy Home, yang masing-masing bertumpu pada aspek tertentu bagi mencipta kediaman yang lebih sihat: 

  • ‘Healthy Appliances’ (Peralatan Rumah) [CUCKOO] – Rangkaian penapis air, penapis air luar kediaman, penapis udara, peruik serbaguna hob induksi dan peralatan dapur daripada CUCKOO.
  • ‘Healthy Living’ (Kehidupan Sihat) [CUCKOO Co-Creations] – Kategori produk kelengkapan rumah CUCKOO yang semakin berkembang dan dibangunkan secara tempatan, yang dicipta bersama melalui kerjasama strategik.  
  • ‘Healthy Lifestyle’ (Penjagaan Kecantikan) [WonderLab Group] – WonderLab Group menyuntik pendekatan holistik kepada kecantikan dan kesejahteraan dengan pelbagai rangkaian penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat di bawah sub-jenama seperti WonderLab, WonderDewi dan BeauSiti x WonderLab.
  • ‘Healthy Home Care’ (Servis Pembersihan Kediaman) [WonderKlean] – WonderKlean menawarkan perkhidmatan pakar yang komprehensif, termasuk pembasmian kuman dalaman, dan perkhidmatan pembersihan untuk mesin basuh, peralatan dapur, tilam dan penghawa dingin.

 

CUCKOO International sehingga kini telah memperkasa lebih 4.7 juta pengguna isi rumah dengan kehidupan lebih sihat dan bahagia menerusi penyelesaian Healthy Home yang inovatif. Syarikat kami juga mempunyai kehadiran kukuh di seluruh negara dengan            lebih 640 cawangan dan 14,000 pekerja, termasuk profesional jualan dan pakar perkhidmatan di Malaysia. Menerusi model berasaskan sewaan langganan yang menyeluruh , kami berazam untuk menjadikan kediaman yang lebih sihat dan kehidupan lebih bahagia dapat diakses serta mampu dimiliki oleh lebih ramai rakyat Malaysia, sekali gus melanjutkan komitmen kami dalam membawa impak positif kepada masyarakat menerusi program jangkauan komuniti jangka panjang. 

 

Untuk maklumat lanjut tentang CUCKOO International, hubungi kami melalui mana-mana platform rasmi kami:  

CUCKOO | www.cuckoo.com.my | FB: CUCKOOInternational | IG: @cuckoo_official

WonderLab | www.wonderlab.com.my | FB: WonderLabOfficial | IG: @WonderLabOfficial 

WonderKlean | www.wonderklean.com.my | FB: wonderkleanofficial

IG: @wonderkleanofficial 

 

Perhubungan Media

Siaran akhbar ini diedarkan oleh Archetype Agency bagi pihak CUCKOO International.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!