73250

Cuit-Cuit Rasa Ramadan Ini di Concorde Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

siput-sedut-masak-lemak-cili-api

Bermula 27 Mei hingga 24 Jun, para pelanggan di Restoran Melting Pot Concorde Kuala Lumpur boleh berbuka puasa dan menikmati aneka juadah kampung selain hidangan khas lain restoran tersebut.

Bertemakan ‘Cuit-Cuit Rasa’, para tukang masak telah berkongsi resipi keluarga masing-masing. Antara hidangan yang ada termasuklah gulai urat belimbing buluh, gulai rusa dengan ubi kayu, rendang nangka muda, ayam kampung masak merah berkerisik, udang galah sambal giling dengan terung pipit, ikan cencaru sumbat sambal kelapa and laksa Concorde, kepah kukus, dan banyak lagi.

sambal-tumis-udang-dengan-petai

Sajian kampung lain termasuk juga juadah popular mereka sebelum ini seperti bubur lambuk, sup gearbox tulang rawan, kambing panggang golek dengan nasi briyani, kari kepala ikan Penang, siput sedut masak lemak pucuk muda, asam pedas ekor lembu, pajeri nenas, puyuh goreng berempah, pais udang dengan serunding kelapa, daging masak merah, paru goreng berjintan, sambal tumis udang dengan petai serta banyak lagi.

Di samping sajian tradisional nikmati juga ayam pratel, kurma kambing dengan kentang, udang mentega dengan telur masin, ikan kukus dengan sos tom yam, dan kepah kukus berserta tarragon berkrim. Jangan lupa untuk mencuba aneka stesen Tepanyyaki yang ada.

sup-gearbox

Untuk pencuci mulut pula cubalah onde onde (kuih buah Melaka) dan lempeng pisang yang disediakan di depan tamu. Kuih tradisi umpama tepung talam, tepung pelita, bingka ubi, kole kacang, seri muka dan kuih tako juga mesti dirasa selain puding roti dan mentega, pengat durian dengan pulut, dan ajnas pastri Perancis serta kek. Terdapat empat menu harian yang berganti setiap hari. Makan malam juga akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan Begema 5 sepanjang malam. Buffet bermula jam tujuh hingga 10.30 malam.

from-left-chef-haziq-chef-rogayah-chef-ameera-chef-uba

Terdapat juga buffet ‘Supper’ dan Sahur tiap Jumaat, Sabtu dan hari sebelum cuti umum. Buffet sahur ini bermula pukul 11.00 malam sehingga 5.00 pagi dengan hidangan termasuk bubur lambuk, mee mamak, nasi lemak, teochew porridge, roti canai, sandwic dengan aneka inti, pengat durian dan banyak lagi. Buffet Sahur bermula pada harga RM80 seorang..

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!