73307

Damas Suites & Residences : Penginapan Ala Pangsapuri Mewah Berdekatan Istana - Suria FM - Segalanya Hiburan

swimming-pool

Bagi mereka yang berkunjung ke Lembah Kelang dan tercari-cari tempat penginapan yang menepati suasana percutian ataupun untuk urusan kerja tidak jauh dari kawasan pusat bandaraya, bolehlah cuba bermalam di Damas Suites and Residences.

hartamas-shopping-centre

Terletak di daerah Sri Hartamas, ia sebenarnya memang sering menjadi pilihan mereka yang ingin menginap tidak jauh dari kawasan pusat bandaraya (dan berada di antara pusat Kota dan Petaling Jaya). Ini kerana ia mempunyai lima sebab yang paling ketara. Yang pertama, lokasinya sangat strategik dan susah untuk dinafikan. Hotel ini terletak berdepan dengan pusat komersial dan membeli-belah Hartamas Shopping Centre.

signature-bedroom

Pusat-pusat membeli-belah ini mempunyai pelbagai kedai menarik serta macam-macam lagi. Di antaranya aneka restoran, kedai-kedai pakaian, ATM dan banyak lagi. Sebab kedua tempat ini sesuai sebagai penginapan adalah perkhidmatan peribadi yang disediakan. Ini terlihat dengan layanan para pekerja yang sangat peka, teliti dan peramah.

studio-deluxe

Yang ketiga pula adalah pilihan jenis-jenis penginapan yang ditawarkan. Damas Suites & Residences memang terkenal sebagai penginapan berkonsepkan pangsapuri mewah. Terdapat banyak unit pangsapuri khas nan mewah di situ.

stairs-cymk

Pangsapuri-pangsapuri ini datang dengan tiga pilihan, ada yang berkonsep studio dan datang dengan satu, atau dua bilik tidur selain dapur kecil, ruang tamu dan juga ruang makan. Ditambah lagi dengan TV layar leper di setiap bilik, kemudahan yang ditawarkan benar-benar mirip seperti di hotel lima bintang. Perbezaannya hanyalah jumlah bilik yang lebih banyak dan ruang yang lebih luas. Selain itu setiap unit pangsapuri eksklusif ini mempunyai sambungan internet wi-fi untuk kemudahan para tamunya.

gymnasium

Malah ia turut dilengkapi dengan kemudahan peralatan dapur, mesin basuh dan macam-macam lagi. Penginapan menjadi lebih istimewa dengan lokasinya yang berada di sebelah Istana Negara. Ada juga unit yang berhadapan dengan pemandangan perkarangan istana sendiri! Ini menjadikannya sangat sesuai untuk tamu yang berkunjung.

games-room

Apatah lagi terdapat kemudahan lain seperti gimnasium untuk beriadah, bilik permainan atau ‘game room’ yang lengkap dengan meja snooker dan ruang santai serta kolam renang. Ini semua menjadi sebab keempat kenapa penginapan ini menjadi pilihan. Sebab kelima adalah aneka pilihan makanan enak yang disajikan di restoran mereka untuk sarapan.Pendek kata semuanya ada di sini.

damas-cafe

Dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang diberikan, penginapan di sini memang amat berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dan nikmatilah percutian bersama orang tersayang anda di Damas Suites & Residences sekiranya berkunjung ke Lembah Kelang. Untuk maklumat lanjut layari www.damas-suites.com

reception

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!