93578

Dapatkan Rasa Masakan Cina Asli di Le’ten - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika anda berkunjung ke Mitsui Outlet, pastinya anda akan mencari  dimana tempat yang sesuai untuk mengisi perut selepas selesai membeli-belah. Apa kata anda cuba restoran makanan Cina halal, Lèten yang terletak di tingkat satu pusat membeli-belah itu?

Restoran ini menawarkan masakan yang lazat dan berpatutan serta menyajikan suasana restoran yang penuh gaya dan segar.

Dihiasi dengan warna-warna putih lembut berkeemasan dan floral, Le’ten menawarkan makanan Cina halal terbaik kepada penggemar makanan Cina.

SURIA berkesempatan berkunjung ke restoran Lèten pada Isnin lepas dan mencuba beberapa menu popular mereka seperti Original Chicken Xiao Long Bao, Golden Custard bun, Prawn & Chicken Dumpling dan banyak lagi.

Original Chicken Xiao Long Bao merupakan menu signature dimana inti ayamnya disalut 18 lapisan nipis kulit dumpling tersebut. Kepadatan isi ayam Xiao Long Bao tentunya memberikan keunikkan rasa yang tidak dapat dilupakan.

Yang bestnya, restoran Le’ten turut menunjukkan langkah-langkah bagaimana hendak memakan Xiao Long Bao tau! Tentunya anda akan mengalami pengalaman yang berbeza disini!

Bagi menepati perbezaan citarasa pengunjung yang hadir, anda boleh memilih antara tiga jenis Xiao Long Bao sama ada Original Chicken, Cheese dan Sambal.

Jika anda sukakan makanan pedas, anda boleh mencuba menu Chicken Mid-Joints in Claypot. Kalah ayam pedas Korea yang tengah viral tu! Pasti anda tidak dapat melupakan gigitan pertama kulit ayam rangup dan daging ayam lembut yang bersalut sos manis. Jika anda inginkan rasa yang lebih sederhana, anda boleh memilih ayam goreng “Bang Bang”.

Makanan seperti nasi goreng dan kuey teow goreng nampak biasa, tetapi di Le’ten pastinya anda terkejut dengan menu Popping Seafood Fried Rice mereka dimana makanan tersebut disajikan bersama telur ebiko! Sementara itu, menu Kuey Teow Cantonese akan memberikan anda kelainan rasa apabila dihidangkan bersama filet ikan keemasan.

Menu Pencuci Mulut dan Salted Egg adalah menu yang anda MESTI CUBA!

Ini merupakan highlights kepada hidangan kami. Walaupun kekenyangan dengan makanan utama, kami masih tergoda melihat Golden Custard Bun dan Salted Egg Crisp-fried Fish Skin. Sedapnya menu tersebut hinggakan kami tidak perasan ianya habis dalam masa beberapa minit!

Kami akhiri hidangan kami dengan merasai keenakkan penkek kacang merah dan Xiao Long Bao coklat.

Buat penggemar makanan Cina halal yang inginkan pengalaman berbeza dan keunikkan rasa, anda boleh ke restoran Le’ten sekarang kerana pada 25, 26, 27 Julai ini, mereka menawarkan promosi 50% sempena ulang tahun Lèten yang pertama! Bukan itu sahaja, Le’ten juga memberikan tawaran istimewa RM1 untuk hidangan seperti di bawah.

29 Julai – 4 Ogos: Original Chicken Xiao Long Bao (6 ketul)

5 Ogos – 11 Ogos: Imperial Hot & Sour Seafood Soup

12 Ogos – 18 Ogos: Crispy ‘Bang Bang’ Chicken

19 Ogos – 25 Ogos : Chilled Aloe Vera in Osmanthus Honey Juice

 

 

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!