85344

Daya Ingatan Dan Berfikir Lemah? Buah ANGGUR Jalan Penyelesaiannya! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau anda seorang yang mempunyai daya ingatan dan daya fikir yang tinggi, memang anda sangat beruntung!

Bukan semua manusia mempunyai kelebihan seperti yang anda ada. Mesti ada segelintir daripada anda yang ingin tahu apakah petua untuk meningkatkan daya ingatan anda supaya anda juga setanding seperti rakan anda yang lain.

Makanan memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan daya ingatan dan berfikir. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti California, AS, buah anggur mempunyai banyak khasiat yang dapat membantu menguatkan ingatan seseorang.

Bukan itu sahaja, buah anggur juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Wah, menarikkan?!

“Individu yang memakan sekitar dua genggam anggur sehari mempunyai daya ingatan yang lebih baik berbanding individu yang tidak memakan anggur setiap hari. Hal ini kerana nutrien yang terdapat dalam buah anggur boleh melindungi bahagian otak, seterusnya menguatkan memori.”

Tidak kira apa sahaja warna buah anggur, semuanya memang terbukti berkesan untuk daya ingatan dan berfikir jika anda mempunyai masalah ini. Jom beli buah anggur sekarang!!

Sumber : Kosmo

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!