85404

Delicious Berwajah Baru, Namun Menu Tetap Lazat! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Salah satu rangkaian restoran paling dikenali di Lembah Kelang, Delicious menyambut kedatangan 2018 dengan semangat yang baru.

1udelicious_58

Ini dizahirkan lewat senireka dalaman yang lebih ceria dengan suntikan warna-warna alam dan imej burung yang menghiasi corak pilihan terbaru mereka.

Dengan tiga restoran di Bangsar Village, 1 Utama serta St. Mary Place, Delicious kini cuba menghidupkan tema ‘Celebrating Moments’ yang bermaksud meraikan detik-detik bahagia, lantaran restoran ini yang sering dijadikan tempat untuk menyambut pelbagai acara pengunjung yang bertandang.

 

p2210841

whatsapp-image-2018-02-27-at-7-14-51-pm-2

Malah, Delicious juga masih mempertaruhkan menu-menunya yang lazat dan menjadi kegemaran ramai sejak mula diperkenalkan dahulu.

whatsapp-image-2018-02-27-at-7-14-52-pm-1

Antara yang paling popular adalah Nasi Kerabu berserta Ayam Percik yang menjadi kesukaan ramai sehingga kini.

Selain itu mereka juga mempunyai sajian barat yang lazat seperti pasta berdaging itik iaitu Duck Confit Pasta dan macam-macam lagi.

1d8a0073

Tidak dilupakan adalah sajian lain seumpama Mi Goreng Mamak serta ‘Hainanese Chicken Chop’.

whatsapp-image-2018-02-27-at-7-14-52-pm

Mereka juga terkenal dengan aneka hidangan berteraskan sayuran dan herba seperti beberapa variasi salad dan ulam-ulaman.

1d8a9305

 

whatsapp-image-2018-02-27-at-7-14-51-pm-1

Dan semestinya Delicious juga arif soal pencuci mulut dan menawarkan beberapa pilihan makanan yang manis untuk mengakhiri jamuan selera para pengunjung mereka.

1d8a0202-2

Jadi kalau anda ingin meraikan sebarang acara atau ingin mencari tempat makan yang tidak mengecewakan, singgahlah ke mana-mana cawangan Delicious. Mereka pasti tidak menghampakan.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!