86764

Dendang Perantau di Capri by Fraser Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ramadan ini, Caprilicious di Capri by Fraser Kuala Lumpur mempersembahkan sajian Dendang Perantau sebagai tema promosi berbuka puasa mereka.

Diangkat daripada lagu Hari Raya popular Dendang Perantau nyanyian bintang filem Melayu tersohor Almarhum Tan Sri P. Ramlee, sajian istimewa ini menampilkan makanan yang membawa kita ke masa lalu di kampung halaman dengan ajnas masakan Melayu tradisional.

 

Dendang Perantau bakal menyajikan lebih 100 hidangan termasuk Kambing Panggang Studio Jalan Ampas, Murtabak, Mee Rebus Wak Parjo, dan Medan Bakar Do Re Mi (Makanan laut). Ada juga Sup Ekor Tumis Darat, Tulang Rusuk Kambing Masak Gulai dengan Nangka Muda, Ayam Percik Pangang, Burger Leleh, Tulang Ikan Masin Masak Lemak dengan Jantung Pisang dan banyak lagi. Untuk manisan dan pencuci mulut pula jangan lupa mencuba Ais Kacang serta Ais Krim Potong yang menyegarkan.

Harga untuk setiap seorang adalah RM128 buat dewasa manakala RM 68 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Untuk tempahan hubungi 03 2386 0888 atau e-mel FNB.Supervisor@capribyfraser.com.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!