73196

Dengar kisah wanita berjaya di WOW - Suria FM - Segalanya Hiburan

img-20170321-wa0023

Pada 26 Mac ini sebuah acara khas yang dikenali sebagai WOW (Women do Wonders) bakal diadakan di Segi Universiti, di Kota Damansara.

Acara tersebut akan meraikan kaum wanita dan tokoh-tokoh wanita tempatan yang berjaya di bidang masing-masing. Mereka juga akan berkongsi kisah-kisah peribadi tentang cabaran yang mereka harungi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Langkah tersebut diharap dapat membantu memberi motivasi serta inspirasi kepada golongan wanita yang lain untuk terus berjaya dan mengejar cita-cita.

Di antara tokoh-tokoh yang bakal hadir termasuklah Tan Sri Rafidah Aziz, Aireen Omar, Tiara Jacquelina, Low Ngai Yuen serta ramai lagi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik bakal berlaku di acara tersebut seperti sebuah bazar khas wanita dan juga peluang untuk memenangi mata ganjaran BIG yang boleh diganti dengan tiket penerbangan Air Asia ke Krabi, Hanoi serta Lombok.

Acara WOW ini akan bermula dari jam 9.30 pagi (untuk bazar) manakala sesi perkongsian tokoh-tokoh wanita akan bermula jam 10 pagi pada Ahad, 23 Mac 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!