73334

Deruan Bayu Labuan - Suria FM - Segalanya Hiburan

labuan5

Kepulauan Labuan sejak dahulu lagi dikenali sebagai sebuah pelabuhan kerana bentuk muka bumi pantai yang luas dan dalam. Dari perkataan pelabuhan kepada ‘labuhan’, akhirnya dipanggil ‘labuan’. Kepulauan ini terletak 10km dari pantai barat Sabah dan 30km dari pantai utara Brunei. Dari segi geografi, ia amat jelas berkepentingan sebagai sebuah pelabuhan utama di Laut China Selatan.

Wilayah Persekutuan Labuan dengan keluasan 92 km, meliputi Pulau Labuan dan semua wilayah dalam lingkungan 4.8km (3 batu nautika) darinya, termasuk Pulau Burong, Daat, Kuraman, Papan, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil. Ia terletak di Barat Laut pantai Sabah dengan kedudukan yang strategik di tengah – tengah wilayah Asia Pasifik. Labuan yang mendapat namanya daripada perkataan “labohan” (pelabuhan) telah merakamkan pelbagai peristiwa bersejarah sejak berabad lamanya. Penemuan artifak di Pulau Burong dan Pulau Enoe membuktikan Labuan pernah diduduki dan disinggahi oleh manusia sejak ribuan tahun yang lampau. Orang Arab dipercayai telah mengetahui tentang pulau ini sekitar tahun 1300 yang dikatakan sebuah wilayah yang kaya dengan meas, batu permata dan rempah. Tradisi Brunei dan Sulu pula menyatakan Labuan pernah dijajah oleh Kublai Khan. Ia juga pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Majapahit sebelum dikuasai oleh Kesultanan Brunei. Kuasa Portugis pula dikatakan pernah mendirikan kubu di Labuan pada abad ke-16, manakala orang – orang Inggeris menjadikannya tempat perlindungan dan stesyen perdagangan sementara pada tahun 1775.

Pulau utamanya iaitu Labuan berkeluasan 91.64km kilometer persegi. Terdapat 6 buah pulau kecil di sekitarnya iaitu Pulau Daat, Pulau Papan, Pulau Burung, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar. Air yang jernih dan persisiran pantai yang memutih menjadikan kepulauan ini sebagai destinasi tarikan pelancong. Malah pantai-pantai di Labuan, pantai Batu Manikar hingga pantai Sg. Pagar, Miri pernah dianugerahkan ‘United Nation COBSEA Clean Beach Award’ pada tahun 2008 dan 101 The Most Beautiful Beaches in Southeast Asia pada tahun 2015.

Kepulauan Labuan juga terkenal sebagai destinasi aktiviti menyelam ‘scuba’ dan ‘snorkeling’. Terdapat beberapa buah pusat menyelam bertaraf antarabangsa yang ditadbir oleh Jabatan Taman Laut Labuan. Antara yang terkini adalah penemuan tapak selaman Vernon Bank, kira-kira 40 batu nautika di utara Pulau Labuan.

labuan6
Dari sudut sejarah, Pulau Labuan adalah sebahagian dari pemerintahan Kesultanan Brunei. Pada 24 Disember 1846, ia diserahkan kepada British menerusi satu perjanjian perdagangan. Setelah 2 tahun kemudian, ia diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British dan menjadi pelabuhan bebas serta mengundang penempatan dan populasi baru. Pada 1906, Pejabat Tanah Jajahan British mengambilalih Pulau Labuan dan akhirnya pada 1907, Pulau Labuan secara rasmi menjadi sebahagian dari Negeri-Negeri Selat bersama Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Ketika itu Bandar Labuan dinamakan sebagai Victoria.

Pada 24 Disember 1846, Labuan diserahkan kepada kerajaan British oleh Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin II. Labuan diisytiharkan pelabuhan bebas cukai pada tahun 1848 dan Inggeris mula membangunkannya dari segi ekonomi khususnya perlombongan arang batu dan perdagangan. Pada 1 Januari 1890 atas permintaan Kerajaan British, pentadbiran Labuan diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pejabat Tanah Jajahan British mengambil alih pentadbiran Labuan pada Januari 1906 dan paa tahun 1907 ia diserapkan ke dalam Negeri – Negeri Selat sebagai tanah jajahan British yang juga merangkumi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

Pada Januari 1942, semasa Perang Dunia Kedua tentera Jepun menduduki Labuan dan menjadikannya pelantar melancarkan serangan ke seluruh Borneo. Bagaimanapun pada Jun 1945, Tentera Bersekutu diketuai oleh Tentera Divisyen ke-9 Australia telah membebaskan Labuan dan menjadikannya pangkalan bagi melancarkan gerakan ketenteraan untuk membebaskan seluruh Borneo. Labuan kemudian diletakkan di bawah pentadbiran tentera British (BMA) sehingga 15 Julai 1946, apabila ia menjadi sebahagian Tanah Jajahan Mahkota Inggeris. Pada 19 September 1963, bersama – sama dengan Sabah, Labuan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Labuan diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan seterusnya sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) pada bulan Oktober 1990. Pada 1 Julai 2001, Perbadanan Labuan telah dibentuk sebagai usaha memperkukuhkan potensi dan kedudukan WP Labuan sebagai pusat kewangan, perdagangan, perindustrian, persidangan, pelancongan dan rekreasi.

ujana-kewangan
Pemerintahan Jepun pada 1942 hingga 1945 telah menukar nama Pulau Labuan kepada Pulau Maida, bersempena nama Komander Jepun di Borneo, Toshinari Maeda. Akhirnya, dalam Perjanjian Malaysia 1963, Pulau Labuan dan kepulauan sekitarnya diwartakan sebagai sebahagian dari negeri Sabah yang menyertai Persekutuan Malaysia.

Kini, Pulau Labuan yang berpendudukan sekitar 100,000 orang telah mengalami perubahan yang besar. Ia telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan ke 2 pada 16 April 1984. Ini meletakkan Labuan di bawah pentadbiran persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Langkah strategik seterusnya diambil dengan mengisytiharkan Labuan sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa pada 1 Oktober 1990.

rusukan2

Majoriti penduduk Labuan adalah bangsa Melayu berketurunan Kadayan Brunei. Mereka beragama Islam dan bertutur Bahasa Melayu dialek Kadayan Brunei. Bagaimanapun, dari segi komposisi, Labuan tetap menggambarkan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dengan kehadiran kaum Cina Hokkien serta kaum India Tamil dan Sikh. Wilayah Persekutuan Labuan yang meliputi Pulau Labuan dan 6 buah pulau sekitarnya berkeluasan 91.64 kilometer persegi dan terbahagi kepada 27 buah kampung.

Penerbangan ke Lapangan Terbang Labuan sekerap 4 kali sehari adalah dari Kuala Lumpur, Miri dan Kota Kinabalu. Selain dari pengangkutan udara, para pelancong boleh mengunjungi Labuan dengan menaiki perkhidmatan bot ekpress 3 kali sehari pergi balik dari Terminal Feri Serasa, Muara, Brunei ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan, atau perkhidmatan bot ekspress 2 kali sehari pergi balik dari Sabah melalui Kota Kinabalu, Lawas, Sipitang dan Limbang di Sarawak atau bot ekspress dari Menumbok, Sabah.

pantai-pantai-1

Pelbagai tarikan terdapat di Labuan, sama ada dari segi pelancongan atau perniagaan. Yang paling dikenali adalah Pusat Beli Belah Bebas Cukai sebagai katalis ekonomi utama di Labuan, selain dari Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa. Para pelancong juga dihidangkan dengan destinasi memancing bertaraf dunia di sekitar kepulauan Labuan, Kompleks Sukan Air Antarabangsa dan antara tapak selaman kapal karam yang terbaik di Asia seperti ‘Australian Wreck’, ‘American Wreck’, ‘Cement Wreck’ dan ‘Blue Water Wreck’.

chimney

Selain itu terdapat juga tarikan lain seperti ‘The Chimney’, tinggalan industri arang batu pada penghujung kurun ke 19, Taman Burung berkubah kembar tiga, perkampungan air yang unik dan Kelab Golf Antarabangsa Labuan untuk penggemar sukan golf. Segala aset alam semulajadi dan perancangan strategik yang terdapat di Labuan berpotensi untuk menjadikan Pulau Labuan dan sekitarnya sebagai pemangkin ekonomi yang pesat di Sabah dan Sarawak serta Brunei khasnya dan Malaysia amnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!