85911

#diaIBU : Wanita Yang Tidak Pernah Mengeluh Kepenatan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Perasan tak serapat mana pun kita dengan ayah kita tapi akan ada satu masa kita mesti akan cari ibu kita juga. Contoh bila balik dari kelas/kerja, masuk-masuk rumah je mesti cari ibu dulu. Selalu macam tu. Bila lapar je mesti orang yang kita akan cari tu ‘ibu’. Bila kita ada masalah, ibu lah orang yang akan faham kita dan dia seorang je yang boleh cool down kan kita. Cuba korang ingat balik kenangan dari sekolah sampai sekarang, siapa yang pujuk korang bila ayah marah, siapa yang masak kan untuk keluarga korang, siapa yang jaga korang time sakit? Haa…. mesti banyak lagi kan? Cuba fikir balik.

‘Kasih Ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’, itu lah pepatah yang tepat untuk menggambarkan kasih sayang ibu terhadap anak-anak nya. Selain memegang gelaran seorang ibu, wanita itu juga menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Ibu menjadi pengikat yang kuat untuk membina sebuah keluarga yang harmoni. Wanita yang tidak pernah mengeluh kepenatan. Wanita yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab. Tahu sebab apa? SEBAB DIA IBU.


  •  Ibu takkan lupa masak walaupun dia sibuk 

Setiap pagi, tengah hari dan malam ibu tak pernah lupa untuk menyediakan makanan untuk kita ekeluarga. Kalau boleh dia akan pastikan satu keluarga duduk satu meja dan makan bersama sambil menceritakan hal masing-masing. Tanpa kita sedar, ibu yang membuatkan ikatan keluarga semakin kuat dan erat.


  • Ibu sentiasa menjaga kesihatan kita sekeluarga

Dari kita kecik hingga la besar, ibu yang sentiasa jaga pemakanan kita. Perasan tak bila kita sampai rumah je, ibu mesti akan tanya ‘dah makan belum?’. Itu lah IBU.


  • Ibu memastikan kita melakukan aktiviti bersama

Setiap hujung minggu ibu lah yang akan mengajak kita sekeluarga pergi berjalan-jalan. Tak kira la pergi shopping mall ke taman ke dan benda tu la ynag membuatkan hubungan kekeluargaan menjadi erat. Bagi ibu, keluarga adalah keutamaan dia.


  • Ibu sanggup berkorban masa untuk keluarga

Ada ibu yang sanggup tak kerja semata-mata nak jaga anak di rumah. Dia penat macam mana pun, dia tak akan tunjuk. Yang dia tahu, keluarga dia happy. Banyak benda yang ibu buat untuk kita tapi kita sebagai anak, pernah tak kita nampak semua tu? Tepuk dada, tanya selera. Yang kita tahu, kita nak keluar, nak jumpa kawan. Ibu sanggup berkorban masa dan tenaga dari kita kecik sampai lah kita besar. Sikit pun dia tak pernah merungut. Begitu besar pengorbanan ibu terhadap kita semua.


  • Berkongsi perangai/cara yang sama

Haaa…yang ni jangan tipu la kalau korang cakap perangai atau cara korang tak sama langsung dengan ibu. Yeke? Kalau ibu korang jenis yang pembersih, korang mesti macam tu jugak. Itu lumrah lah kan. Mungkin tak banyak perangai atau cara kita macam ibu tapi at least ada sikit la juga.


  • Ibu selalu tolong keluarga

Pernah tak dengar ‘kejayaan seseorang lelaki, ada perempuan dibelakangnya’? Haaa..benda tu sangat betul! Bila ayah kita ada masalah kewangan ke atau apa-apa masalah, ibu la yang akan ada dengan ayah. Dia yang akan kasi ayah semangat untuk bangun balik. Dia tak kisah apa orang cakap pasal ayah sebab dia tahu tak ada siapa yang kenal ayah seperti mana ibu kenal ayah. Dari situ kita nampak ibu bukan seorang yang mementingkan diri. Ibu akan buat apa sahaja untuk pastikan keluarga dia bahagia walau apa jua keadaan sekali pun.


  • Ibu merupakan tulang belakang keluarga

Tidak kira apa yang terjadi, ibu akan sentiasa menyokong apa yang kita buat. Disebalik kejayaan kita sebagai anak dan ayah sebagai suami, ibu lah faktor utama yang membawa kejayaan kita semua. Dia lah penguat semangat kita semua untuk terus maju ke hadapan.


  • Ibu pakar multi-tasking dalam satu masa!

Pernah nampak tak ibu tengah masak tapi dalam masa yang sama dia tengah basuh pinggan, susun pinggan, lap meja? Haaa….mesti pernah kan? Tanpa mengenal penat, ibu boleh pikul tanggungjawab yang besar macam tu. Sikit pun dia tak merungut kepenatan. Bukan sahaja sebagai ibu, malah seorang isteri kepada suami. Cuba korang tenung muka ibu lama-lama, korang akan nampak kepenatan di raut wajah mereka.


  • Ibu sentiasa ingat hari penting

Ibu sentiasa ingat hari penting pada setiap ahli keluarga. Contohnya seperti tarikh lahir dan bila tibanya hari konvokesyen. Selalunya ibu merupakan orang pertama yang akan mengucapkan ucapan hari jadi pada anaknya. Tak pernah dia lupa. Tahu sebab apa? Sebab dia IBU.

Sumber dipetik dari Oh Bulan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!