85383

DIYANA HALIK – Kenapa Hijab 'Travel Series' nya Jadi Kegilaan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama Diyana Halik dalam industri fesyen hijab mungkin bukan sebesar nama jenama hijab gergasi yang lain. Namun jangan dipandang enteng kepada jenama ini kerana ia punya peminat dan kelas yang tersendiri.

Kualiti yang ditawarkan jenama Diyana Halik seiring dengan reputasi jenama serta tuan empunya jenama ini sendiri.

sweet-plum

Siapa yang tidak kenal Datin Diyana Halik, wanita tunjang kekuatan aktor popular lagi kacak Datuk Aaron Aziz.

screenshot_2018-02-02-17-36-14-643

Selain menjadi tulang belakang kepada kerjaya suami tercinta, wanita hebat yang juga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini bukan wanita yang hanya mahu menikmati kejayaan suami.

screenshot_2018-02-02-17-10-27-624

Beliau juga punya visi seorang wanita berdikari yang mahu mempunyai hasil titik peluh sendiri. Maka terhasilkan jenama tudung Diyana Halik yang dimulakan sejak 4 tahun lalu.

Kekuatan atau signatur jenama Diyana Halik adalah tudung berteraskan material satin sehingga beliau digelar ‘The Queen Of Satin’.

img_20180111_180403

Penggayaan tudung satin telihat begitu mudah tatkala Datin Diyana Halik mula menggayakannya dalam video-video yang dimuatnaiknya di laman sosial.

Gaya ‘pusing lapan’ menjadi kekuatan serta kunci gaya hijabnya sehingga menjadi ikutan para hijabi di Malaysia dan juga Singapura.

Terbaru koleksi ‘travel series’ menjadi kegilaan peminatnya yang sentiasa ternanti-nanti koleksi kembara ini.

Mengambil insipirasi dari setiap negara yang dilawati, Diyana Halik muncul dengan ‘travel series’ terbaru yang diinspirasikan dari negara matahari terbit.

screenshot_2018-02-02-17-10-54-001

Keindahan panorama serta keunikan yang ada di Jepun dizahirkan diatas sehelai hijab yang begitu elegan dan menangkap mata yang memandang.

Sesiapa sahaja akan tampak ayu dengan helaian bercetak bunga sakura yang berlatarbelakangkan gunung fuji yang begitu sedap mata memandang.

img-20180108-wa0046

Kunjungan ke Jepun diguna sebaiknya oleh Datin Diyana sehinggakan Shibuya Crossing di Jepun turut menjadi ilhamnya untuk menghasilkan corak hijab terbaharu.

screenshot_2018-02-02-17-14-09-523

Helaian hitam bersama corak belang putih ditambah dengan tambahan corak bunga berwarna coral menaikkan seri si pemakai.

screenshot_2018-02-02-17-45-38-423Keunikan corak payung kertas ikonik atau dalam bahasa Jepunnya dipanggil Wagasa turut menjadi antara rekaan wajib miliki untuk koleksi ‘travel series’ ini.

kimono-1

Hadir dalam 3 rona berbeza, sesiapa sahaja pasti kelihatan manis dan bergaya dalam helaian ini.

screenshot_2018-02-02-17-46-45-516screenshot_2018-02-02-17-46-58-416

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi ‘travel series’ khas Jepun ini, anda boleh berkunjung sendiri ke butik Diyana Halik yang terletak di Kota Damansara atau anda juga boleh layari www.diyanahalik.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!