87198

Dorsett Kuala Lumpur Tampilkan Masakan Bonda di Checkers Cafe - Suria FM - Segalanya Hiburan

Para  pengunjung hotel Dorsett Kuala Lumpur bertuah Ramadan ini kerana berpeluang menjamah resipi penuh nostalgia dengan tema ‘Masakan Bonda’ yang menampilkan sajian yang terilham daripada Kak Shikeen, salah seorang pekerja paling lama berkhidmat di hotel tersebut serta turut dikenali dengan sikap keibuannya di kalangan para pekerja hotel.

Masakan Bonda menampilkan resipi rahsia tradisional Melayu Kak Shikeen yang sering dia sediakan bersama keluarganya di samping hidangan dari negeri-negeri Malaysia yang lain. Sajian seperti Kashmiri Kambing Briyani, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak Pahang, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Rendang Ayam Minang Kuala Kedah, Ikan Bakar Siakap & Ikan Merah, Telur Itik Gulai Belimbing Buluh, Bubur Lambuk Melaka, Mee udang, Mee Kari dan Asssam Laksa adalah di antara pilihan lazat yang ada.

Tidak dilupakan juga adalah pemanis mulut seumpama kuih-kuih tradisional serta Rojak Buah. Tidak ketinggalan adalah hidangan khas Serawa Durian, “ABC & Ais Krim Potong yang harus dicuba!

Harga untuk setiap seorang dewasa adalah RM118 dan RM59 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut hubungi +603 2716 1010 atau e-mel info.kualalumpur@dorsetthotels.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!