87753

Evason Ana Mandara: Pesona Alam di Tengah Kota. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak salah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia mengadakan penerbangan langsung ke kota Nha Trang di Vietnam, ramai rakyat tempatan yang sudah mula berkunjung ke sana. Namun ramai juga yang tercari-cari penginapan yang sesuai.

Sunngguhpun begitu ada sebuah penginapan berkonsep ‘resort’ yang mungkin bakal menjadi idaman ramai. Alunan sebutan nama resort ini sudah dapat membayangkan keindahannya. Ana Mandara bermaksud “rumah yang indah untuk tetamu “ berasal dari bahasa purba Cham. Siapa sangka di tengah kesibukan kota Nha Trang Vietnam, wujud sebuah resort yang indah dikelilingi kehijauan alam dan pantai yang membiru.

Sejurus melangkah ke perkarangan satu-satunya resort di Nha Trang ini, segala hingar bingar kota lenyap seolah pengunjung berada di suasana alam semulajadi yang cukup berbeza. Kedatangan anda disambut dan diraikan oleh petugas resort di mana ia merupakan lambang hospitaliti yang diberi kepada setiap pengunjung.

Pilihan dari 74 villa bertemakan senibina klasik Vietnam, resort bertaraf lima bintang ini juga dikelilingi suasana dan aura tropika oasis. Pengunjung boleh membuat pilihan dari jenis villa Garden View, Superior Sea View, Deluxe Sea View atau Deluxe Beachfront.

Lokasi resort hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Cam Ranh dan berada di tengah kota memudahkan pergerakan pengunjung untuk meneroka bandar yang dahulunya merupakan kerajaan diraja Champa ini. Selain daripada mengunjungi lokasi bersejarah, daya tarikan utama kota Nha Trang adalah makanan laut dan makanan tradisi Vietnam. Tidak perlu pergi jauh, resort ini turut menyediakan juadah yang anda idamkan. Restoran The Pavilion menyediakan makanan tempatan dengan menggunakan bahan yang segar. Setiap minggu pengunjung diberi peluang untuk menikmati masakan Vietnam sebenar yang dipanggil “Street Market Buffet. “ Sekiranya pengunjung mahukan makanan ala barat dan fusion maka Ana Beach House Bar & Restaurant adalah pilihan anda. Into the Fizz dan Lobby Bar pula adalah tempat yang sesuai untuk menikmati juadah ringan di samping bersantai setelah seharian melakukan aktiviti rekreasi.

Setelah bersantai antara Into the Fizz atau di Lobby Bar anda boleh terus menuju ke Six Senses Spa bagi mendapatkan terapi tradisional Vietnam untuk mengembalikan tenaga atau sekadar untuk memanjakan diri. Staf yang berkemahiran akan memberikan rawatan spa yang holistik menggunakan bahan semulajadi. Selain dari itu, mereka turut menyediakan Aerial Yoga yang merupakan kombinasi meditasi dan gimnastik bagi pengunjung yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Sekiranya anda tidak tahu aktiviti apa lagi yang perlu dilakukan di kota Nha Trang anda tidak perlu gusar kerana resort ini menyediakan pelbagai jenis pakej aktiviti untuk pengunjung. Antaranya pakej mengunjungi pasar pagi di kota Nha Trang, Khanh Vinh White Water Safari dan aktiviti menyelam dan snorkeling di pulau berhampiran. Tidak mahu ke mana-mana? Ana Mandara Resort menyediakan pelbagai aktiviti di dalam resort untuk seisi keluarga antaraya terdapat 2 kolam renang, gym dan gelanggang tenis.

Evason Ana Mandara resort bukan sahaja dikelilingi oleh suasana alami tropika oasis untuk dinikmati pengunjung malah resort ini juga mahukan pengujung untuk alami budaya Vietnam dari aspek makanan hinggalah layanan serta keselesaan bagi mereka yang memilih resort ini. Pilihan anda ke satu-satunya resort di Kota Nha Trang ini akan memberikan memori yang indah sepanjang berada di kota Nha Trang. Kunjungi Facebook @EvasonAnaMandaraNhaTrang, Twitter @Evasonnhatrang atau Instagram @evasonanamandara

sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!