93607

Evergreen Laurel Hotel Penang Sesuai Buat Seisi Keluarga! - Suria FM - Segalanya Hiburan
Pulau Pinang merupakan salah satu bandaraya paling popular di Malaysia. Selain daripada kedudukannya yang berdekatan destinasi menarik di sebelah utara negara kita, ia kerap menjadi destinasi pilihan untuk bercuti kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang sangat menyenangkan para pelancong. Ditambah pula dengan pilihan tempat-tempat untuk membeli-belah, Pulau Pinang memang wajar menjadi pilihan ramai.
Jika tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Evergreen Laurel Hotel di Pulau Pinang menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak betul-betul di kawasan depan pantai Jalan Gurney ini terkenal dengan kedudukannya berdekatan pusat membeli-belah terkenal seperti Gurney Plaza serta Gurney Paragon. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga dan ingin membeli-belah.
Terletak di salah satu jalan utama dan paling popular di Penang, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana ia berada di jalan yang sangat terkenal dengan aneka gerai jualan dan makanan.
Selain berjirankan hotel-hotel ternama yang lain, di sepanjang jalan ini terdapat aneka restoran, pusat membeli-belah dan berhujung dengan ajnas pusat-pusat hiburan ternama.
Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan juga kota, hotel ini juga mempunyai bilik-bilik istimewa khas buat keluarga! Kemudahan-kemudahan ini membuatkan para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu membeli-belah, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Selain mempunyai kolam renang buat anak-anak kecil ada juga Kid’s Club buat kanak-kanak bermain.
Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Cafe Laurel, restoran mereka yang menghidangkan pelbagai menu tempatan serta antarabangsa yang menarik. Para tamu yang ingin berhibur pula boleh juga menikmati sajian di Lobby Lounge yang memberikan banyak kelebihan lain seperti minuman sambil menikmati muzik kugiran secara langsung.
Para pengunjung juga boleh mencuba sajian di Evergarden Chinese Restaurant untuk makanan Cina dan Nyonya yang menyelerakan. Buat penganjuran majlis dan acara, terdapat juga dewan dan ruangan khas buat acara tertentu yang lain. Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium atau mengunjungi sauna mereka untuk memanjakan diri.
Tempat-tempat menarik Pulau Pinang yang sering menjadi tumpuan pelancong juga tidak terlalu jauh dari hotel ini. Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tengah kota. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik dikelilingi pusat membeli-belah, pasti menyenangkan setiap yang berkunjung ke sini!
Artikel dikongsi oleh Shah Shamshiri
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!