93288

Fantasi Jadi Realiti Dengan Unicool oleh CoolBlog - Suria FM - Segalanya Hiburan

Coolblog dengan bangganya mengumumkan perisa baharu minuman mereka yang diberikan nama Unicool di panggung wayang MM Cineplex, Mutiara Damansara 23 Jun yang lepas.

Majlis perasmian itu diadakan serentak dengan sesi acara amal meraikan anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan PERNIM dan dihadiri sama oleh Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog, Cik Win Zakaria, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), wakil pihak Malaysia Franchise Association, wakil dari pihak penguruan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), pihak pengusan dan francaisi Coolblog.

Minuman siri Unicool ini sudah mula berada dipasaran seawal bulan Jun yang lepas dan dijual pada harga RM7.50 bagi saiz 700ml. Diinspirasikan dari warna indah pelangi, fantasi, kisah dongeng barat dan haiwan penuh magis iaitu Unicorn, minuman terbaharu Coolblog ini merupakan gabungan rasa keladi, strawberi dan manisan coral biru yang dinamakan Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle.

Promosi Unicool secara rasminya berlangsung mulai 24 Jun menawarkan promosi menarik: iaitu dengan setiap pembelian minuman Coolblog berjumlah RM8 keatas di cawangan Coolblog terpilih, pelanggan layak mendapat baucar tunai Unicool RM2 bagi pembelian seterusnya.

Lebih istimewa dan bagi menyemarakkan lagi kempen minuman Unicool ini, suasa dekorasi cawangan Coolblog dihias indah dengan elemen fantasi, magis, pelangi dan Unicorn. Ini bertujuan mewujudkan satu pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan tatkala menikmati minuman Unicool oleh Coolblog.

Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog, Cik Win Zakaria berkata “Kempen Unicool ini adalah taruhan ketiga oleh Coolblog tahun ni dan strategi kami adalah untuk mempersembahkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan dan penggemar minuman kami. Umum sedia maklum bahawa harga yang kami tawarkan bagi setiap minuman kami adalah amat berbaloi dan jauh lebih rendah dari jenama yang lain, maka strategi kami bagi siri Unicool ini adalah dengan menawarkan pengalaman maksima kepada pelanggan dalam setiap cawan Unicool.”

“Sebagai sebuah syarikat yang menjadi pelopor dalam kategori minuman berasaskan ais campuran atau smoothie di Malaysia, kami berusaha untuk sentiasa menyajikan sesuatu yang berlainan dan membolehkan kami untuk terus menguasai segmen pelanggan dan pasaran kami. Afiliasi, kolaborasi dan inovasi sentiasa menjadi perkara utama dalam merencanakan sebarang pelan pembangunan produk kami.” tambah Cik Win Zakaria.

Sebelum ini Coolblog memberi fokus kepada siri minuman Oreo dan kempen ‘Hari Harimau’ dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan mencatat jualan tertinggi bagi kempen 2019 sejak diperkenalkan pada suku tahun pertama (Januari – Mac) yang lalu.

Cabaran #UnicoolUnicornMakeUp

Sempena Kempen Unicool ini juga, Coolblog menganjurkan cabaran solekan wajah yang dinamakan #UnicornMakeUp di media sosial. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli mana-mana perisa minuman Unicool Coolblog, seterusnya log masuk ke akuan rasmi Facebook atau Instagram Coolblog, tonton video tutorial solekan yang disediakan dan dengan mengambil inspirasi gaya solekan tersebut, pelanggan harus mencipta solekan tersendiri. Pelanggan kemudian perlu memuat naik swafoto (selfie) mereka yang siap disolek dan ditatarias di akaun media sosial mereka dan tag Coolblog menggunakan @coolblogmalaysia beserta hashtag – #UnicoolUnicornMakeup dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka. Cabaran #UnicoolUnicornMakeUp akan bermula pada 1 Julai 2019 dan berakhir pada 31 Ogos 2019. Tiga (3) pemenang bertuah akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 setiap seorang. 

Suria Jam x Coolblog 2019 

Tahun ini, Coolblog bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Unicool dengan menganjurkan acara Suria Jam X Coolblog 2019 di dua buah lokasi di Lembah Klang dan satu lokasi di luar Kuala Lumpur.

29 Jun – Selayang Mall (Suraya Borhan & Siti Nordiana)

13 Julai – Aeon Mall, Nilai (Issey, DJ Lin & Khai Bahar)

3 Ogos – SACC Mall, Shah Alam (Suraya Borhan, Harris Baba & Naim Daniel)

Sebarang hebahan dan maklumat lanjut mengenai Suria Jam X Coolblog 2019 akan disiarkan di radio Suria FM dan di laman rasmi Suria FM iaitu suria.my dan juga laman rasmi Coolblog.

 

 

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!