86712

Fazura Tampilkan Koleksi Busana Ramadan dan Aidilfitri Fazbulous - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Salah seorang bintang paling popular Malaysia, Nur Fazura nampaknya terus maju dalam bidang keusahawanan yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu.

Selepas muncul dengan jenama fesyen dan butiknya sendiri, Fazura tidak ketinggalan mengikut peredaran zaman dan melakukan strategi pemasaran yang tidak jauh dari jenama-jenama fesyen lain.

Terbaru bersempena dengan bulan Ramadan, Fazura tampil dengan himpunan pakaian khas untuk bulan puasa.

“Biasanya di bulan Ramadan kita sering mendapat undangan berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih. Dan ramai juga yang ingin berpenampilan lebih cantik dan sopan di bulan Ramadan. Oleh sebab itu saya telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan koleksi pakaian khas bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini,” jelas Fazura tika ditemui di majlis pelancaran koleksi pakaian khas Ramadan Fazbulous, di The Strand Damansara baru-baru ini.

Selain itu Fazura juga turut mempersembahkan koleksi Aidilfitri jenama Fazbulousnya dengan tema ‘Kerlipan Lebaran’.

 

Sinonim dengan Fazura yang sukakan pakaian dengan potongan mudah namun anggun, rekaan busana Aidilfitrinya juga menampilkan konsep yang sama.

Kebanyakan warna yang digunakan adalah warna-warna lembut namun ada juga beberapa helaian yang berona lebih gelap. Rekaannya juga lebih mudah dan tidak terlalu kompleks. Sungguhpun begitu masih mampu menyerlahkan keanggunan serta keayuan si pemakai.

Jadi andai mencari koleksi pakaian yang cantik dan sopan di bulan puasa dan Aidilfitri nanti cubalah singgah ke butik Fazbulous di The Strand Kota Damansara.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!