73311

Fesyen Selebriti Di Aidiladha - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun perayaan Hari Raya Aidiladha tidak disambut secara besar-besaran di negara kita, namun itu tidak bermakna Hari Raya Korban ini tidak meriah.

Bercakap mengenai ‘OOTD’ raya, kebiasaannya jika Aidilfitri, perang OOTD sangat rancak di media-media sosial.

Berbeza dengan Aildiladha, trend OOTD raya seakan muram, mungkin kerana tidak mahu menunjukkan pakaian hari raya yang berulang dari Aidilfitri lalu.

Namun Suria tidak terlepas dari membelek OOTD para selebriti tempatan yang masih tampil anggun di Aidiladha.

1. Nora Danish

screen-shot-2017-09-03-at-12-06-31-pm

screen-shot-2017-09-03-at-12-06-45-pm

Pelakon popular ini memilih kurung moden berona merah jambu lembut yang dipakai sedondon dengan ahli keluarganya. So Sweet!

2. Janna Nick

screen-shot-2017-09-03-at-12-03-50-pm

Terkenal dengan imej ‘boyish’, sesekali Janna tampil memukau dengan persalinan merah putih. Potongan rambut pendek benar-benar menyerlahkan gaya ‘edgy’ pelakon asal Kedah ini.

3. Ika Nabella

screen-shot-2017-09-03-at-12-12-26-pm

Pelakon asal Pulau Pinang ini dilihat semakin bijak dalam berfesyen. Lihat sahaja persalinan untuk Aidiladha kali ini. Ika mungkin diigelar bintang fesyen satu hari nanti!

4. Nabila Razali

screen-shot-2017-09-03-at-12-04-51-pm

Penyanyi dan pelakon comel ini selesa memilih dress labuh berona merah darah sebagai persalinannya di Aidiladha. Sesuai dengan karektornya yang ceria.

5. Zara Zya

screen-shot-2017-09-03-at-12-02-20-pm

Pelakon berbakat ini memilih Kebaya labuh berona krim sebagai pilihan untuk digayakan di Aidiladha. Persis perempuan melayu terakhir.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!